Friday 5 May 2017

Thursday 20 April 2017

Pergimu Tanpa Pesan

*dalam kenangan*

Mak.

Mak saudara yang aku panggil Mak. Semua orang panggil Mak. Mak pergi tanpa pesan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Tapi syukur , aku berada di Malaysia waktu tu. Dan syukur Allah kuatkan hati aku untuk pergi hospital teman Kaksu (anak sulung Mak) hari khamis (6 April 2017) tu. Kebetulan aku ada janji dengan Syida nak keluar. Tapi aku batalkan dan mintak tolong Syida hantar ke hospital.

Petang tu , aku , kakak , kaksu dan along ada bersama Mak. Aku dapat suapkan Mak. Aku dan kakak dapat bawak Mak ke bilik air dan lapkan Mak. Kami dapat buat benda yang Mak buat waktu kami kecil.

Balik dari toilet , aku tinggalkan Mak di katil dan aku pergi pulangkan wheelchair. Kembali semula aku nampak Kaksu dah nangis. Aku tanya kakak. Aku nampak semua doctor dan nurse dan berkerumun dekat katil Mak. Waktu tu aku tahu Mak dalam keadaan kritikal.

Mak.

Dah dua minggu. Tapi kami masih lagi rasa Mak ada dengan kami. Bila berkumpul , mesti ada sebut nama Mak. Setiap apa yang kami buat , kami cakap mesti ada selitkan nama Mak. Terkenangkan Mak buat itu , Mak buat ini , suara Mak. Ya Allah. Hanya Tuhan yang tahu betapa kami kasihkan Mak. Kami bersyukur Allah pinjamkan Mak pada kami. Mak penyeri. Dan syukur Allah beri peluang pada Adik untuk bawak Mak jalan-jalan dekat Jepun. Kami doakan Mak tenang di sana. Al-Fatihah untuk Mak yang kami sayang.

Sunday 2 April 2017

Bukak buku baru.
Lupakan segala yang buruk , yang pahit.
Fikir yang baik baik.
Semuanya pengajaran. Ada hikmah.

Yakin. 

22032017

Alhamdulillah.
Macam mimpi lagi.
Empat tahun. Macam macam rasa.
Allah izinkan aku selesaikan.
Syukur.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa ada waktu susah senang , suka duka , bagi semangat bagi nasihat. Keluarga , kawan kawan , senpai , kohai , semua.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.


Wednesday 8 March 2017

Kita pilih
nak terus jalan ke depan 
dan bahagia 
atau hidup dalam cerita lama
dan kecewa 

Semua atas pilihan kita

Sentiasa percaya yang Tuhan letak kita dalam sesuatu perkara itu bukan sia-sia

:)


Friday 24 February 2017



"Don't be afraid to fail." - Takahashi Sensei

Lepas habis presentation , tak dapat nak jumpa sensei. Balik , terus email.
Hari ni sensei reply. Dan aku hanya mampu senyum.
Sensei yang sangat baik dan tak berhenti support.

Aku ingat lagi dua minggu sebelum presentation , aku mengadu dekat sensei yang aku risau sangat. Sensei cakap sempat. Ada masa. Siap cerita lagi pengalaman master dia , pagi sebelum sensei present sensei sempat lagi betulkan , buat kira-kira. Cerita nak naikkan semangat. Dia sangat positive dengan seorang student dia ni.

Malam sebelum presentation. Lepas 'renshuu happyou' , dia cakap kalau esok present macam ni boleh lulus. Awak boleh. 自信持って! 

Syukur. Ramai orang baik dekat sekeliling.
Ramai nak tolong. Cuma kita yang perlu hargai.

:)