Friday 30 November 2012

Bukan Sahabat Biasa



Alhamdulillah 
Waktu aku sedikit terleka 
Ada mereka mengingatkan 
Ketika aku seperti mahu tersasar
Ada mereka menarik aku kembali

Ya Allah
Engkau temukan aku dengan mereka
Adalah satu hadiah yang bernilai buat aku
Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah

Ya Allah
Jangan Engkau pisahkan kami
Ya Allah
Semoga ukhwah ini hingga ke syurga
Ya Allah
Sesungguhnya sayang aku kepada mereka
 Kerana Mu Ya Allah :)

Tuesday 20 November 2012

Doa , Dia Maha Mendengar



Aku mungkin tak sekuat mereka
Kerana itu aku lahir dan tinggal di Malaysia
Malaysia yang keadaannya tiada perang
Tidak dihujani bom
Jauh beza dengan Gaza
Ya Allah
kuatnya mereka
kuatnya saudara saudara Islam ku 
Ya Allah 
anak anak kecil di sana 
wanita wanita
Mereka itu insan terpilih
Kuat 
Dan ada yang mati syahid
Allahurabbi
Mereka rasa terseksa di dunia 
Tapi Allah janjikan syurga di sana :')

p/s : Kirimkan doa untuk mereka , bantu mereka , keadaan kita tidak sama dengan mereka , mari kita bantu saudara se Islam kita dengan doa . In sha Allah 

Wednesday 14 November 2012

Lain Orang Lain Cara

Pendirian?

Semua orang pasti punya pendirian yang tersindiri kan?Setiap orang lain pendiriannya..Dan ada juga pendirian kita sama dengan orang lain..Terpulang pada individu..Yang pasti sebagai individu lain kita perlu hormat pendirian orang lain..Orang itu pasti punya sebab kenapa dia buat macam tu..Perkara ini berbalik kepada macam mana first impression kita dekat seseorang tu..Untuk berfikiran positif sentiasa itu sebenarnya bukan mudah..Secara jujur nya susah..Tapi kan kalau kita cuba InsyaAllah , Allah akan mudahkan..

Okayyyy untuk Tahun Baru (1434 hijrah) jom kita sama sama buat azam baru..Biar azam tu nampak simple tapi istiqamah , InsyaAllah :)



Monday 12 November 2012

Satu Langkah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak ber blog rasa janggal pulak..Tak tahu nak start dari mana?Nak story apa?Okayyy tarik nafas panjang panjang , fuhhhh 

Bismillah...

Pertama sekali syukur Alhamdulillah , Nisa dan rakan rakan sudah selesai EJU ( Examination for Japanese University Admission ) dan sekarang kami sedang dalam mood bercuti :) Walau apa apa pun ini hanya permulaan bukan pengakhiran..Sebulan lepas ni akan ada Shuuryou Shiken dan exam ini juga antara exam penting..So tak boleh la nak tarik nafas lega lagi kan..Keputusan sama ada fly atau tak tu hanya akan tahu next year..InsyaAllah berkat usaha , doa ibu bapa dan guru guru , harapnya kami batch 30 AAJ 100% akan fly ke nihong next year :D



p/s : Ohh ni hanya entri permulaan , hehe , saja nak refresh balik kan , dah lama tak update..InsyaAllah next entry akan menyusul :))

Sunday 21 October 2012

Love You LILLAH


Aku belajar sesuatu dari kejadian lepas 
Apabila kata kata itu disalah tafsir
Ukhwah yang dibina mampu goyah

Ya Allah kau bimbing lah hati hati kami
Semoga hati hati ini tiada sekelumit perasaaan dengki dan iri hati 
Amin



Saturday 6 October 2012

Number One For Me


DIA Maha Pemurah 
setiap saat beri kita nikmat
kalau DIA seperti manusia yang suka berkira
agak agaknya terbayar ke oksigen yang kita sedut dengan ibadah yang kita buat hari hari??
Allahuakhbar
Sungguh DIA Maha Pengasih
kasihNya DIA dekat kita
tapi kita masih lagi berkira waktu untuk beribadah kepadaNya
malunya diri ini mengharapkan syurga 
tetapi ibadah nya tak seberapa
Subhanallah
Semoga ditetapkan hati
Semoga mampu istiqamah
Semoga hati ini sentiasa ingat padaNya



Sunday 30 September 2012

Oh Hati



Hati itu rahsia kita dan Dia
Apa sahaja yang ada tersimpan dalam hati hanya Dia dan kita yang tahu

Dan sebenarnya Dia lebih tahu
Semoga hati ini kuat bergantung padaNya lebih daripada makhluk ciptaanNya 

最後までがんばろう

Sunday 23 September 2012

Yakin , Dia lebih tahu


Kekuatan tidak akan hadir tiba tiba
Doa
Allah Maha Mendengar :')

Sabar itu indah :')


Apabila ujian datang menimpa , Allahuakhbar hati ini sahaja tahu macam mana aku berusaha mencari kekuatan..Berdoa..kerana hanya Dia Yang Memahami..jatuh terduduk sekali..perasaan ni tak pernah aku rasa dulu..Ohh macam ni la rasanya orang yang mengalami kegagalan..sekarang baru aku faham..

Hari demi hari , aku kuatkan diri melemparkan senyuman , mencari cari kekuatan agar kesedihan itu tak nampak oleh mereka..Betul..senyuman mampu menutup segala kesedihan :)

Aku bersyukur dengan ujian ni..Allah beri aku peluang merasai pengalaman baru..Hati ini makin kuat bergantung dengan Dia..makin kerap ingin mengadu pada Dia..bila sedih sikit cari Dia..dan sekarang aku faham ujian ini banyak hikmah di sebaliknya :)

Hari itu makin hampir..semoga usaha aku tak berhenti setengah jalan..semoga diberi kekuatan untuk bangun dan berlari mengejar cita cita itu..Usaha,Doa,Tawakal..semoga Allah redha..Amin 


Saturday 21 July 2012

Bertemu Ramadhan

Assalamualaikum..



Alhamdulillah..first day berpuasa dan semalam first terawih..Tahniah bagi sesiapa yang berjaya memulakan malam pertama ramadhan dengan berterawih ! Semoga dapat teruskan semangat sampai penghujungnya , insyaAllah..


Syukur Alhamdulillah kita dapat bertemu Ramadhan kali ni..So apa azam kita?Perbaiki puasa , insyaAllah..puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga sahaja..bukan sahaja menahan dari perkara perkara yg membatalkan puasa je tetapi semoga puasa kali ni kita dapat menahan nafsu,mata,telinga,mulut dari berkata sia sia dan lain lain..InsyaAllah..sesunggunya bulan Ramadhan sangat sangat istimewa..semoga kita semua dapat merebut peluang kali ni untuk perbaiki diri dan ibadah kita..Amin




p/s : Harapnya Ramadhan kali ni Ramadhan terakhir di Malaysia dan semoga bertemu Ramadhan seterusnya di Bumi Sakura , InsyaAllah :')

Sunday 1 July 2012

Cry When You Need It


Siapa kata menangis itu tidak perlu?
Siapa kata manusia itu tidak akan menangis?
Siapa kata?
Kadang kadang menangis itu perlu
Kerana menangis itu menunjukkan manusia itu punya kelemahan dan sebab itu manusia harus bergantung dengan Allah

p/s : Jika kita fikir kita keseorangan , Allah sentiasa ada bersama kita..Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya walaupun hambaNya kadang kadang melupakan Pencipta mereka

Saturday 30 June 2012

Hope


Kau , aku , kita semua sesat kerana kita masih belum mencapai syurga yang kita matlamatkan. Dan sebab itu , kita tidak boleh berhenti atau putus asa untuk beribadah kerana kita tidak akan dapat menjangka apa yang akan terjadi semasa dalam perjalanan kita mencapai apa yang kita matlamatkan iaitu syurga.

Friday 15 June 2012

Life - 生活



Kehidupan itu bukan mudah 
Ada sebab kenapa Allah beri dugaan dan ujian
Dan ada sebab kenapa Allah kurniakan kejayaan
Sungguh Allah itu Maha Penyayang
Percayalah rahmat Allah itu luas 
Percayalah kasih sayang Allah itu tiada lawannya
Percayalah bahawa Cinta Allah itu Cinta Agung yang bakal buat kamu bahagia
Lepaskan rindu itu tiap kali dahi bertemu sejadah
Doalah kerana Allah itu Maha Mendengar
Sesungguhnya bergantung pada Yang Kekal kerana Yang Kekal itu tidak akan mati




Sunday 3 June 2012

Hujan Dan Pelangi



Dugaan itu bukti Allah sayang hambaNya..Dugaan itu bukan untuk melemahkan tapi menguatkan seseorang..Hidup itu tidak boleh hanya suka..Tapi pelengkapnya ialah duka..Believe..Hanya Allah..Hanya Allah  Yang Berkuasa..Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..Jangan sesekali mengalah..mengalah dengan ujian kecil..Jika rasa ujian itu sangat berat percayalah ada orang yang alami ujian lagi berat dari kita..



Percayalah selepas Allah turunkan hujan , rupa rupanya ada pelangi indah yang menyusul kemudian :)

Saturday 2 June 2012

I Need Allah

In the name of Allah ,

Lagu ni pasti akan buat kita jatuh cinta walaupun first time dengar..Seriously I'm touched :')




Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better - made me a winner and,
I'm so glad to be Yours!
It's my life that you own.

I start my journey when You forgive me 
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I'm so glad that its fine 
You are One truly kind...

You lighten me!
(I) Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbee, there ain't nothing You can't do!
Because if I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

And...Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can't be the only one,
I bet there's hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel...what I feel when I'm

With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 
With You, with You, with You, ya Raheem!

I don't want nobody else
Without You there's no one left and, 
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,

If I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..

With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 
With You, with You, with You, ya Raheem!

And I will never try to deny,
That You are my life,

Because if You ever let me go I would die!

So, I won't front!
I don't need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I'll be straight,
Rabbee I need you every day!

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight
What can I do?

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight

Rab ighfirly
Fantal kareemuu!

Wa3fu ya rabbee
Fantar raheemuu!

With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 
With You, with You, with You, ya Raheem!

Friendship


Assalamualaikum..Alhamdulillah selepas lebih kurang sebulan Nisa tak update blog so hari ni Nisa just nak bersih bersih blog dan update short entry untuk korang..Nisa rindu nak update blog tapi sebab takde idea so terbatal niat nak update..hehe..


Sekarang bulan apa?June?Rejab?hehe..jawapannya bulan June plus Rejab ! Syukur tak lama lagi nak puasa kan ? okayyy serious sangat excited ! hmm..life Nisa di AAJ Alhamdulillah okay..dan yang sangat bestnya hari isnin ni kouhai nak sampai !!! tanoshiminaaa ~


Nisa just nak cakap sedikit pasal ukhuwah..kalau nak lagi best dengar friendship la kan ! :D hmmm..selama kita hidup ni kan kenapa kita berkawan dan kenapa kita perlu kawan?Adakah sebab kalau kita tak berkawan nanti kita tak boleh hidup?Adakah kalau kita takde kawan kita tak nampak Cool?Adakah kawan tu penting untuk teman kita bersuka ria dan berseronok?Setiap orang akan punya padangan yang berbeza pasal pesahabatan..dan Nisa punya pandangan Nisa sendiri..



I Thank to Allah for my friends..Allah kurniakan Nisa sahabat sahabat yang pelbagai..bagi Nisa sahabat yang baik itu akan menasihati dan tegur kesalahan kawannya..Kita bukan nak carik salah kawan tapi kenapa nak berlaku kejam dengan biar kawan kita buat salah dan kita tutup mata macam tak nampak salah yang berlaku tu..dan sahabat yang baik tu pabila kita berkawan dengannya akan mengingatkan kita dengan Allah..


sekian :)


Saturday 5 May 2012

Istiqamah Perlukan Kekuatan

Assalamualaikum..



Syukur Alhamdulillah..Thank to Allah for everything..hmm..rasa lama sangat tak update..entry untuk hari ni lets talk about istiqamah !


Apa itu istiqamah?Istiqamah ialah melakukan kebaikan secara berterusan..berubah menjadi lebih baik itu mungkin mudah tetapi istqamah perlukan kekuatan..dan Nisa selalu percaya yang tiada benda mustahil..insyaAllah..berusaha,berdoa dan bertawakal..Trust Allah..Allah Maha Besar..


Nisa nak share tips untuk istiqamah yang Nisa dapat masa usrah..
1. Sesuatu perkara yang kita lakukan mesti berasaskan ilmu..Jangan buat secara membuta tuli tanpa tahu apa apa..Orang buat kita buat tapi tak tau kenapa perlu buat..So ilmu tu penting kawan kawan :)


2.Lakukan sesuatu dengan ikhlas..Berubah kerana Allah bukan manusia..Percayalah once kita buat sesuatu kerana Allah perkara itu akan lebih berkat..


3.Perkara yang kita buat mesti berasaskan syariat..


4.Lakukan sesuatu perkara sehabis baik.


5.Tinggalkan maksiat..Mungkin susah tapi cuba slow slow..berdoa semoga Allah permudahkan usaha kita untuk meninggalkan sesuatu maksiat yang mungkin susah untuk kita tinggalkan..insyaAllah..



Bila kita berhijrah Allah akan beri dugaan untuk uji sejauh mana keimanan kita terhadapNya..Mungkin dugaan itu berat tapi percayalah dugaan itu akan lebih menguatkan kepercayaan dan kebergantungan kita kepada Allah..Setiap orang mungkin berlainan ujian yang terima..Semoga kita sama sama kuat dan terus istiqamah melakukan kebaikan..insyaAllah


sekian :)

Friday 6 April 2012

Cahaya Seluruh Alam :)

Assalamualaikum..


Salam Jumaat..Alhamdulillah..so hari ni Nisa nak share satu lagu yang Nisa rasa best sangat..Nisa sure mesti ramai yang suka dengar lagu..kadang kadang dengar lagu sampai bawak tidur kan??hehe..macam ckp kat diri sendiri jerrr..oppps ! :))


Bagi siapa yang pernah layan lagu group Ruffedge or VE korang mesti boleh layan lagu ni punya..sekali dengar dah terlekat ! hehe..Nisa suka sangat Amer dan kawan kawan dieowang ni dah berhijrah dan sekarang buat lagu yang mengingatkan mengenai Islam...Alhamdulillah..Allah itu Maha Besar..Allah Berkuasa kan nak beri hidayah dekat mana mana hambaNya..tapi remember guyss..walaupun hidayah tu Allah beri tapi kita kena carik jugak..


Jom Dengar !!

Thursday 5 April 2012

Stop Jadi Pendengar

Assalamualaikum..



Syukur masih boleh bernafas..hmm..banyak benda dalam fikiran tapi macam tersekat sekat nak keluar,,tak tau dari mana nak mula..Entri kali ni Nisa just nak kongsi satu perkara yang Nisa dengar masa tazkirah dari sensei Nisa..


"Jangan jadi pendengar selamanya kerana pendengar itu takkan dapat apa apa tetapi penyampai itu yang akan memperbaiki dirinya.."


Dulu Nisa takut sangat bila nak sampaikan sesuatu..takut salah..yela..ilmu Nisa sikit sangat so of course la rasa takut kan..tapi bila dengar Sensei cakap macam tu..benda tu memang betul kan..Bila seseorang sampaikan sesuatu ilmu itu sebenarnya dia tengah mengingatkan diri dia sendiri..dan pendengar hanya mendengar dan kita tak tau kan berapa % yang masuk dalam kepala kita..


So start dari sekarang apa kata kita sama sama sampaikan sesuatu..sampaikan perkara kebesaran Allah..walaupun benda tu simple tapi insyaAllah lama lama nanti kita akan biasa :))



Friday 30 March 2012

Penjagaan dan Pertolongan Allah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..syukur Allah masih beri kesempatan untuk Nisa berdakwah melalui blog..Nisa mohon maaf sebab Nisa dah lama tak update..kurang berkesempatan..so entri kali ni Nisa nak kongsi apa yang Nisa dapat dari usrah..topik yang seronok..dan kiteowang bincang satu hadis yang sangat bagi kesan pada diri Nisa..Hadis ke 19 berkaitan penjagaan dan pertolongan Allah ..entri ni Nisa bagi point point penting yang Nisa dapat dari hadis tu okay ! :)




1.Jagalah Allah , pasti Dia akan menjagamu..


Macam mana kita nak jaga Allah?mesti ada yang tertanya tanya kan?As hamba Allah kita punya tanggungjawab..Kita perlu laksanakan perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya..Janji Allah itu pasti dan jika kita lakukan yang mana sepatutnya kita buat pasti Allah akan jaga kita..


" Dan apa yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) " - Surah asy-Syura : 30


2.Jagalah Allah, pasti Dia selalu berada di hadapanmu





Point ni menerangkan jika kita menolong agama Allah , Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukan kita..Semasa kita susah Allah tu akan memberi kemudahan kepada kita dengan cara yang kita sendiri tidak sangka..


" Wahai orang orang mukmin,jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." - Surah Muhammad : 7


3.Jika kamu meminta , mintalah kepada Allah


Allah itu pemberi rezeki..Allah itu Maha Berkuasa..rezeki ,ajal , maut dan masa depan itu semua rahsia Allah..kita punya cara..berdoalah..Allah Maha Mendengar..kenapa perlu meminta minta daripada manusia sedangkan manusia yang kita minta itu juga meminta dari Allah?tetapkan hati kita dan bertawakallah..


4.Jika kamu memohon pertolongan , mohonlah pertolongan kepada Allah



Point yang ini sangat sangat istimewa dan peringatan untuk Nisa sendiri..Sebagai manusia perkara biasa yang kita tahu..bila ada masalah..bila sedih..perkara pertama carik kawan nangis nangis cerita dekat kawan tu..tapi kita sedar tak Allah itu sentiasa ada untuk kita..dan Allah sentiasa setia untuk dengar masalah kita dan Allah lah yang membantu kita..kalau kita call kawan..kita buang duit kan?tak sedar dah habis dah kredit..tapi kalau kita mengadu dekat Allah?tak perlu buang duit , buang kredit..berdoa ! itu cara kita bercakap dengan Allah..semua orang takkan boleh menafikan satu perkara iaitu bila kita mengadu dan menangis kepada Allah itu lebih lebih tenang dari kita mengadu dengan manusia..kan? :)


5.Sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul bagi mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu , mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikit pun kecuali apa yang Allah tetapkan bagimu


Tahu tak setiap saat yang berlaku itu perlu dapat izin Allah?tahu tak bahawa mata kita tercelik bangun pagi itu dapat izin Allah?tahu tak cikgu masuk dalam kelas dan mengajar kita itu juga perlu dapat izin Allah?Kalau tahu kenapa perlu ragu??kenapa masih tak percaya??Allah kata Kun Fayakun.."Jadilah ! maka terjadilah ia.." sebab tu ilmu atau apa sahaja yang bermanfaat yang kita dapat dari manusia itu sebenarnya semua dengan izin Allah..Contoh paling senang ialah bila kita study..ada satu masa susah sangat kita nak hafal..susah sangat nak faham..tapi ada satu masa kita boleh cepat faham,cepat hafal..lepas tu dapat pointer baik pulak tu time exam..kenapa macam tu?sebab izin Allah..Allah dah tetapkan yang kita boleh faham ilmu tu..dan sebab tu kita faham..betapa hebatnya kuasa Allah kan :)


6.Jika mereka berkumpul untuk mencelakakan kamu atas sesuatu , pasti mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali yang Allah tetapkan bagimu

Seorang wanita diragut beg tangan..okay..yang kita tahu mesti orang itu akan salahkan peragut kan?Tapi point ini menerangkan yang setiap kemudaratan itu akan berlaku dengan izin Allah..walaupun ada seribu orang merancang mahu membunuh kita tapi jika Allah tidak benarkan dan bukan takdir kita benda itu takkan berlaku..Sebagai hamba Allah kita perlu redha pada qada' dan qadar..yeee..sebagai manusia biasa Nisa sendiri tak dapat menafikan bila kita mengalami sesuatu dugaan itu kita sendiri kadang kadang selalu mempersoalkan dan seperti menyalahkan takdir..tapi pleaseee..kita sama sama..cuba belajar untuk terima dan say to yourself when something bad happen just say "dugaan tu tanda Allah sayang dekat aku"..


7.Pena diangkat dan lembaran sudah kering 


Maksud point ni , apa yang ditetapkan Allah sudah selesai..takdir dan cerita hidup kita ni sudah Allah tetapkan dan please terima dengan hati yang terbuka :)


tu antara 7 point yang Nisa dapat kongsikan daripada Hadis 19 ni..dan hadis ni sangat sangat memberi inspirasi kepada Nisa dan Nisa harap sangat kita semua sama sama dapat muhasabah diri..okay? 



sekian :)

Tuesday 20 March 2012

Doodle Dakwah

Assalamualaikum..


Hari ni Nisa nak share something yang cute dengan korang..seriously comel comel..hmm..Nisa jumpa dekat FB kawan Nisa so Nisa rasa nak share dengan korang..tadaaaaa




comel kan?kan?hmm doodle yang dilukis semua ada kene mengena dengan Islam dan ni cara mereka berdakwah..cara nak tarik minat orang muda..so kalau korang free just klik kat SINI then like la page ni kat FB..korang boleh la try usha usha doodle dieowang :)

Monday 12 March 2012

Kasih Agung



Aku duduk..
Berfikir sesuatu..
Menyimpan sesuatu yang ingin aku sampai..
Mungkin belum tiba masa..
Kalau boleh ingin aku beritahu satu dunia apa yang aku rasa..
Kalau boleh aku nak mereka rasa apa yang aku rasa..
Subhanallah..
Cinta Allah itu seronok..
Cinta Allah itu indah..
Carilah..
Kejarlah..
Sungguh kau takkan menyesal..

Monday 5 March 2012

Serius Segan

Assalamualaikum..


Alhamdulillah hari ni Nisa rasa macam happy sangat sbb kalau korang perasan Nisa dah tukar header baru ! yeeaayyyy !! hehe..Nisa boleh tak perasan yang header lama tu tulis link blog lama Nisa..perghh serious segan sbb baru perasan..haha..So header baru Nisa comel kan ? kan ? lalalala ~



Rasa macam dah lama giler Nisa tak story pasal life dekat AAJ kan ? urmmm so far okay la..Nisa baru habis exam..then sekarang tengah cuti..Nisa plan cuti ni jadi surirumah tangga separuh masa..hehe..selain dari buat kadai (buah tangan dari sensei) kan..




korang tau baru cuti Nisa dah start rindu nak lepak lepak story story dengan kawan Nisa dekat AAJ..huhu..tapi tak pe..nasib baik kakak ada..so dia la yang selalu dengar Nisa bebel dekat rumah ni..hehe..okay ! cukup short entri untuk hari ni..later InsyaAllah Nisa akan update something untuk di share kan okay ?


sekian :)

Sunday 4 March 2012

Ramai Orang Buat Tapi Tak Sedar - Part 2

Ok this entri sambungan untuk yang before tu..hehe..kenapa nak buat berepisode ? sajeee..haha..kasi neves sikit korang nak tunggu kan apa Nisa nak tulis :)



Sebenarnya apa yang Nisa nak cerita tak de la pasal first impression sangat..Nisa just nak kongsi cerita penghijrahan..Nisa teringin nak kongsi dengan korang..Nisa mengenal keindahan Islam tu perlahan lahan..sedih?seriously rasa jugak tapi daripada Nisa tak sedar langsung walaupun nampak terlewat tapi still ada masa kan?Nisa dah lalu semua fasa..Dari tidak berhijab then pakai tudung bawal pastu pakai shawl kemudian Alhamdulillah fasa yang Nisa rasa tenang sangat dan harap harap istiqamah..Nisa faham perasaan orang yang tak bertudung..Nisa faham orang yang pakai shawl..Dan sekarang Nisa dah mula faham perasaan orang bertudung labuh..


Walaupun freehair tapi dalam hati dieowang masih mencari cahaya Islam..percayalah one day dieowang akan berubah..ramai yang Nisa kenal macam tu..Bila dieowang dah start pakai shawl or cover rambut dieowang we should give our support..nak berubah bukannye senang..Kita tak boleh fikir yang bila nak berubah kita kena pakai tudung labuh terus..No ! itu salah..tukar persepsi kita..labuh singkat tudung seseorang tu tak menggabarkan  tahap iman seseorang..kita manusia dan layak ke kita nak judge orang tu dari appearance dia je ?Allah Lebih Mengetahui..




Bila kita jumpa orang bertudung labuh jangan pinggirkan mereka..mereka punya perasaan sama macam kita..kenapa nak risau berkawan dengan orang bertudung labuh?Ada undang undang ke yang mengatakan orang memakai shawl HARAM berkawan dengan orang bertudung labuh?Tak de kan?So..stop berfikiran secetek tu..Berukhuwah kerana Allah..InsyaAllah lebih berkat..


Don't judge a book by its cover..stop acting like that bila first time jumpa orang..cuba berfikiran positif..try ubah perangai tu..Nisa pon dalam usaha ubah sikap macam tu..Buat kebaikan ni memang susah..Syaitan memang benci and akan cuba laga lagakan manusia..Bila kita berjaya ubah perkara macam tu sebarnya itu adalah satu kejayaan jugak tau ! 


sekian :)

Thursday 1 March 2012

Ramai Orang Buat Tapi Tak Sedar - Part 1

Assalamualaikum..



Alhamdulillah..rasa lama sangat dah tak tekan tekan keyboard ni kan?hehe..sebenarnya Nisa baru je habis Final Exam or in japanesenye Kimatsu Shiken untuk first year..InsyaAllah doakan Nisa dan rakan rakan dapat masuk Tahun Dua er nanti ! :))



 Ok..Nisa bukan nak cerita pasal AAJ sebenarnya..InsyaAllah next next entri Nisa akan cerita tapi bukan sekarang er..hehe..Dari tajuk rasanya boleh agak tak Nisa nak cakap apa ? haaaaa..ce teka ! :p



urmmm..impression kita dekat seseorang mesti beza beza kan?okkkk...Apa remaja biasa akan fikir bila jumpa orang pakai tudung labuh,baju besar,pakai stokin? urmmm mesti fikir.."adessss..kalau aku kawan ngan dieowang ni konfem aku jadi islamik ni..tak boleh ar nak gila gila lepas niiiiii..."



Kalau orang agama pulak pandang orang yang tak pakai tudung , rambut kaler kaler , pakai jeans ketat sikit , tshirt lengan pendek..apa yang dieowang fikir ? mesti ada sesetengah yang fikir.." alaaaa budak ni sosial life dia mesti teruk ni ! parents tak ajar ke jangan pakai baju tak tutup aurat sume ni dan bla bla bla....."





Itu antara kebanyakan jawapan yang kita fikir kan ? Tapi sebenarnya kita sendiri tak tahu perkara sebenar kan?Kenapa kita still nak buat impression macam tu ? Kenapa nak terus menjudge orang bila pertama kali jumpa ?



p/s : entri ni ada sambungan ! hehe..berEpisod..see you allssss in next entri k ! hehe