Monday 23 January 2012

Bulatan Gembira - Part 1

Assalamualaikum..


Hari ni Nisa nak kongsi satu story yang sebenarnya tak de lah gempak sangat kan ! hehe..okay..sebelum kita mulakan bicara Nisa nak tanya korang dulu..Tau tak apa itu USRAH?okayyyy..mesti ada yang jawab program agama yang bosan ! alaaa..tu budak nerd nerd je join..tak pon mesti ada yang engat tu untuk ahli ahli surau?kan?


okayyy..Nisa faham mesti ada persepsi macam tu tapi sebenarnya USRAH ni bukanlah satu program agama..haaaaa..terkejut kan?hehe



USRAH ni sebenarnya satu bulatan gembira yang ditubuhkan bertujuan untuk duduk duduk..kongsi cerita dan masalah..Di samping tu ada sedikit pengisian mengenai Islam oleh kakak yang berpengalaman..


actually Nisa join Usrah since Nisa study di AAJ..memandangkan Nisa dulu tak duduk asrama then tak pernah sekali pon join Usrah jadi di AAJ la ni kenal apa itu Usrah..awal awal Nisa mungkin tak nampak kepentingan usrah tu dan kebiasaannya peringkat awal bagi orang yang baru nak start usrah ni mesti terlintas dalam hati malas nak join usrah..tapiiiiiiiii..semua tu salah !! Usrah ni sebenarnya tempat kita nak relaxkan minda kita lepas satu hari dok stress belajar..Usrah tak lama pon..bukannya 5 jam..2 jam je..dan kalau kita pergi dengan seronok 2 jam tu akan rasa macam setengah jam..percaya laaaa :)) hehe




Nisa nak galakkan dekat rakan bloggers yang kalau ada duduk di U yang ada Usrah join laaa..kalau ada yang tau nak carik tempat Usrah sekarang Usrah online pon ada ! kita duduk depan laptop..pakai headphone dengar Usrah ! tu kan seronokkkk !! next entry InsyaAllah Nisa akan berikan Info mengenai Usrah Online pulak :))



Dugaan Kerana Allah Sayang - Pengisian Part 2




Alhamdulillah..i'm just proud to be muslim..hari ni Nisa nak kongsi satu cerita dan rasa semua orang pernah mengalami benda ni..dalam hidup ni kadang kadang satu hari tu kita akan rasa sangat sangat happy dan teruja sampai tak terkata kan but sampai satu tahap kita akan secara tiba tiba nye rasa sedih..pernah tak rasa ? surely semua orang pernah rasa kan ? kenapa errr?


Dugaan tu kerana Allah sayang..percaya tak?kadang kadang kita dah doa hari hari..doa setiap kali solat but still resultnya sama..kita rasa Allah macam tak makbulkan doa kita..tapi ada kita tahu kenapa Allah buat macam tu?Allah buat macam tu sebab dia sayang dekat kita..bila kita ada masalah masa masa sedih tu Allah la tempat kita mengadu nasib..bercerita..doa..Allah tu umpama kawan baik kita yang tak kan kita jumpa dekat mana mana..Allah sentiasa ada dengan kita dan tak pernah jauh..




"Janganlah kamu berduka cita sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita." ( surah At-Taubah : 40 )


Dan kerana tu jika kita ada masalah jangan terlampau sedih dan sepatutnya rasa happy sebab Allah still caring dekat kita supaya kita kembali dekat dengan dia..mungkin juga kita dah terjauh dari dia dan dugaan tu merupakan satu SIGN atau tanda supaya kita sedar yang ada perkara salah yang kita dah buat dekat Allah..




"Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu." (Surah At-Talaq : 3 )


Yee bukan senang nak jadi kuat..me too..i'm trying to be strong but sometime i can't..kejatuhan tu lah yang buat kita bangun dan terus berlari kan?kalau kita boleh percaya dekat kawan baik kita untuk kita cerita semua problem yang kita ada dan kenapa kita tak boleh percaya lebih dari tu dekat Allah..sedangkan Allah tu mengetahui semua perkara yang berlaku kepada makhluknya dan Allah sahaja yang berkuasa atas hambanya..


sekian , Assalamualaikum

Sunday 22 January 2012

Fatwa Hati - Pengisian Part 1


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..entri untuk kali ni Nisa nak berkongsi sikit pengisian usrah..mengenai Fatwa Hati..Fatwa Hati ialah ketika keupayaan hati kita menentukan sesuatu perkara itu betul atau salah..okay..mesti ada tanya macam mana nak yakin hati kita tu menetapkan suatu benda tu benar benar betul atau tidak? itu bergantung tahap mana kebersihan hati kita..bila hati kita bersih secara langsungnya hati kita akan mengajak kita melakukan membuat benda benda yang baik..jadi bila hati kita bersih berkemungkinan besar fatwa hati kita tu tepat..


tempat : surau
masa : selesai solat
situasi : kawan kawan si gadis A solat sunat selepas solat
Gadis A suara pertama : ehhhh rasa macam nak cuba solat sunat laa..
Gadis A suara kedua : heyyyyy jangan laa..nanti karang kau salah solat kang..dah la sebelum ni kau tak pernah solat sunat kan???




Suara yang pertama terlintas dalam hati kita ialah merupakan fatwa hati manakala suara suara yang seterusnya itu adalah syaitan..so macam situasi kat atas ni, suara pertama si gadis A tu ialah fatwa hati dan kedua itu ialah hasutan syaitan..jadi bergantung kepada kekuatan iman yang si gadis A ada dia akan tentukan dia ikut suara hati yang mana..Jika kuat imannya pasti dia tetap akan meneruskan niat dia yang nak solat sunat tu kan?


“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s : Tiada apa yang lebih indah daripada mendekati Nya



Belog Nafas Baru

Assalamualaikum..


Alhamdulillah first entry..Insyaallah belog yang kali ni lebih banyak pengisian yang ingin dikongsikan bersama..untuk entry kali ni biarkan tuan belog ni membahasakan diri sebagai Nisa..



nama diberi Nur Hanisah binti Abd Hamid..berumur biarkan rahsia..hehe..mungkin ada yang dah kenal cara penulisan Nisa tapi belog yang ni sedikit berbeza..so harap harap semuanya okay :))


nice to meet u guys again ,

 p/s : " Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya , pasti Allah mengetahui." : surah Al-Imran ayat 29