Friday 30 March 2012

Penjagaan dan Pertolongan Allah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..syukur Allah masih beri kesempatan untuk Nisa berdakwah melalui blog..Nisa mohon maaf sebab Nisa dah lama tak update..kurang berkesempatan..so entri kali ni Nisa nak kongsi apa yang Nisa dapat dari usrah..topik yang seronok..dan kiteowang bincang satu hadis yang sangat bagi kesan pada diri Nisa..Hadis ke 19 berkaitan penjagaan dan pertolongan Allah ..entri ni Nisa bagi point point penting yang Nisa dapat dari hadis tu okay ! :)




1.Jagalah Allah , pasti Dia akan menjagamu..


Macam mana kita nak jaga Allah?mesti ada yang tertanya tanya kan?As hamba Allah kita punya tanggungjawab..Kita perlu laksanakan perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya..Janji Allah itu pasti dan jika kita lakukan yang mana sepatutnya kita buat pasti Allah akan jaga kita..


" Dan apa yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) " - Surah asy-Syura : 30


2.Jagalah Allah, pasti Dia selalu berada di hadapanmu





Point ni menerangkan jika kita menolong agama Allah , Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukan kita..Semasa kita susah Allah tu akan memberi kemudahan kepada kita dengan cara yang kita sendiri tidak sangka..


" Wahai orang orang mukmin,jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." - Surah Muhammad : 7


3.Jika kamu meminta , mintalah kepada Allah


Allah itu pemberi rezeki..Allah itu Maha Berkuasa..rezeki ,ajal , maut dan masa depan itu semua rahsia Allah..kita punya cara..berdoalah..Allah Maha Mendengar..kenapa perlu meminta minta daripada manusia sedangkan manusia yang kita minta itu juga meminta dari Allah?tetapkan hati kita dan bertawakallah..


4.Jika kamu memohon pertolongan , mohonlah pertolongan kepada Allah



Point yang ini sangat sangat istimewa dan peringatan untuk Nisa sendiri..Sebagai manusia perkara biasa yang kita tahu..bila ada masalah..bila sedih..perkara pertama carik kawan nangis nangis cerita dekat kawan tu..tapi kita sedar tak Allah itu sentiasa ada untuk kita..dan Allah sentiasa setia untuk dengar masalah kita dan Allah lah yang membantu kita..kalau kita call kawan..kita buang duit kan?tak sedar dah habis dah kredit..tapi kalau kita mengadu dekat Allah?tak perlu buang duit , buang kredit..berdoa ! itu cara kita bercakap dengan Allah..semua orang takkan boleh menafikan satu perkara iaitu bila kita mengadu dan menangis kepada Allah itu lebih lebih tenang dari kita mengadu dengan manusia..kan? :)


5.Sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul bagi mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu , mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikit pun kecuali apa yang Allah tetapkan bagimu


Tahu tak setiap saat yang berlaku itu perlu dapat izin Allah?tahu tak bahawa mata kita tercelik bangun pagi itu dapat izin Allah?tahu tak cikgu masuk dalam kelas dan mengajar kita itu juga perlu dapat izin Allah?Kalau tahu kenapa perlu ragu??kenapa masih tak percaya??Allah kata Kun Fayakun.."Jadilah ! maka terjadilah ia.." sebab tu ilmu atau apa sahaja yang bermanfaat yang kita dapat dari manusia itu sebenarnya semua dengan izin Allah..Contoh paling senang ialah bila kita study..ada satu masa susah sangat kita nak hafal..susah sangat nak faham..tapi ada satu masa kita boleh cepat faham,cepat hafal..lepas tu dapat pointer baik pulak tu time exam..kenapa macam tu?sebab izin Allah..Allah dah tetapkan yang kita boleh faham ilmu tu..dan sebab tu kita faham..betapa hebatnya kuasa Allah kan :)


6.Jika mereka berkumpul untuk mencelakakan kamu atas sesuatu , pasti mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali yang Allah tetapkan bagimu

Seorang wanita diragut beg tangan..okay..yang kita tahu mesti orang itu akan salahkan peragut kan?Tapi point ini menerangkan yang setiap kemudaratan itu akan berlaku dengan izin Allah..walaupun ada seribu orang merancang mahu membunuh kita tapi jika Allah tidak benarkan dan bukan takdir kita benda itu takkan berlaku..Sebagai hamba Allah kita perlu redha pada qada' dan qadar..yeee..sebagai manusia biasa Nisa sendiri tak dapat menafikan bila kita mengalami sesuatu dugaan itu kita sendiri kadang kadang selalu mempersoalkan dan seperti menyalahkan takdir..tapi pleaseee..kita sama sama..cuba belajar untuk terima dan say to yourself when something bad happen just say "dugaan tu tanda Allah sayang dekat aku"..


7.Pena diangkat dan lembaran sudah kering 


Maksud point ni , apa yang ditetapkan Allah sudah selesai..takdir dan cerita hidup kita ni sudah Allah tetapkan dan please terima dengan hati yang terbuka :)


tu antara 7 point yang Nisa dapat kongsikan daripada Hadis 19 ni..dan hadis ni sangat sangat memberi inspirasi kepada Nisa dan Nisa harap sangat kita semua sama sama dapat muhasabah diri..okay? 



sekian :)

Tuesday 20 March 2012

Doodle Dakwah

Assalamualaikum..


Hari ni Nisa nak share something yang cute dengan korang..seriously comel comel..hmm..Nisa jumpa dekat FB kawan Nisa so Nisa rasa nak share dengan korang..tadaaaaa




comel kan?kan?hmm doodle yang dilukis semua ada kene mengena dengan Islam dan ni cara mereka berdakwah..cara nak tarik minat orang muda..so kalau korang free just klik kat SINI then like la page ni kat FB..korang boleh la try usha usha doodle dieowang :)

Monday 12 March 2012

Kasih Agung



Aku duduk..
Berfikir sesuatu..
Menyimpan sesuatu yang ingin aku sampai..
Mungkin belum tiba masa..
Kalau boleh ingin aku beritahu satu dunia apa yang aku rasa..
Kalau boleh aku nak mereka rasa apa yang aku rasa..
Subhanallah..
Cinta Allah itu seronok..
Cinta Allah itu indah..
Carilah..
Kejarlah..
Sungguh kau takkan menyesal..

Monday 5 March 2012

Serius Segan

Assalamualaikum..


Alhamdulillah hari ni Nisa rasa macam happy sangat sbb kalau korang perasan Nisa dah tukar header baru ! yeeaayyyy !! hehe..Nisa boleh tak perasan yang header lama tu tulis link blog lama Nisa..perghh serious segan sbb baru perasan..haha..So header baru Nisa comel kan ? kan ? lalalala ~



Rasa macam dah lama giler Nisa tak story pasal life dekat AAJ kan ? urmmm so far okay la..Nisa baru habis exam..then sekarang tengah cuti..Nisa plan cuti ni jadi surirumah tangga separuh masa..hehe..selain dari buat kadai (buah tangan dari sensei) kan..




korang tau baru cuti Nisa dah start rindu nak lepak lepak story story dengan kawan Nisa dekat AAJ..huhu..tapi tak pe..nasib baik kakak ada..so dia la yang selalu dengar Nisa bebel dekat rumah ni..hehe..okay ! cukup short entri untuk hari ni..later InsyaAllah Nisa akan update something untuk di share kan okay ?


sekian :)

Sunday 4 March 2012

Ramai Orang Buat Tapi Tak Sedar - Part 2

Ok this entri sambungan untuk yang before tu..hehe..kenapa nak buat berepisode ? sajeee..haha..kasi neves sikit korang nak tunggu kan apa Nisa nak tulis :)



Sebenarnya apa yang Nisa nak cerita tak de la pasal first impression sangat..Nisa just nak kongsi cerita penghijrahan..Nisa teringin nak kongsi dengan korang..Nisa mengenal keindahan Islam tu perlahan lahan..sedih?seriously rasa jugak tapi daripada Nisa tak sedar langsung walaupun nampak terlewat tapi still ada masa kan?Nisa dah lalu semua fasa..Dari tidak berhijab then pakai tudung bawal pastu pakai shawl kemudian Alhamdulillah fasa yang Nisa rasa tenang sangat dan harap harap istiqamah..Nisa faham perasaan orang yang tak bertudung..Nisa faham orang yang pakai shawl..Dan sekarang Nisa dah mula faham perasaan orang bertudung labuh..


Walaupun freehair tapi dalam hati dieowang masih mencari cahaya Islam..percayalah one day dieowang akan berubah..ramai yang Nisa kenal macam tu..Bila dieowang dah start pakai shawl or cover rambut dieowang we should give our support..nak berubah bukannye senang..Kita tak boleh fikir yang bila nak berubah kita kena pakai tudung labuh terus..No ! itu salah..tukar persepsi kita..labuh singkat tudung seseorang tu tak menggabarkan  tahap iman seseorang..kita manusia dan layak ke kita nak judge orang tu dari appearance dia je ?Allah Lebih Mengetahui..




Bila kita jumpa orang bertudung labuh jangan pinggirkan mereka..mereka punya perasaan sama macam kita..kenapa nak risau berkawan dengan orang bertudung labuh?Ada undang undang ke yang mengatakan orang memakai shawl HARAM berkawan dengan orang bertudung labuh?Tak de kan?So..stop berfikiran secetek tu..Berukhuwah kerana Allah..InsyaAllah lebih berkat..


Don't judge a book by its cover..stop acting like that bila first time jumpa orang..cuba berfikiran positif..try ubah perangai tu..Nisa pon dalam usaha ubah sikap macam tu..Buat kebaikan ni memang susah..Syaitan memang benci and akan cuba laga lagakan manusia..Bila kita berjaya ubah perkara macam tu sebarnya itu adalah satu kejayaan jugak tau ! 


sekian :)

Thursday 1 March 2012

Ramai Orang Buat Tapi Tak Sedar - Part 1

Assalamualaikum..



Alhamdulillah..rasa lama sangat dah tak tekan tekan keyboard ni kan?hehe..sebenarnya Nisa baru je habis Final Exam or in japanesenye Kimatsu Shiken untuk first year..InsyaAllah doakan Nisa dan rakan rakan dapat masuk Tahun Dua er nanti ! :))



 Ok..Nisa bukan nak cerita pasal AAJ sebenarnya..InsyaAllah next next entri Nisa akan cerita tapi bukan sekarang er..hehe..Dari tajuk rasanya boleh agak tak Nisa nak cakap apa ? haaaaa..ce teka ! :p



urmmm..impression kita dekat seseorang mesti beza beza kan?okkkk...Apa remaja biasa akan fikir bila jumpa orang pakai tudung labuh,baju besar,pakai stokin? urmmm mesti fikir.."adessss..kalau aku kawan ngan dieowang ni konfem aku jadi islamik ni..tak boleh ar nak gila gila lepas niiiiii..."



Kalau orang agama pulak pandang orang yang tak pakai tudung , rambut kaler kaler , pakai jeans ketat sikit , tshirt lengan pendek..apa yang dieowang fikir ? mesti ada sesetengah yang fikir.." alaaaa budak ni sosial life dia mesti teruk ni ! parents tak ajar ke jangan pakai baju tak tutup aurat sume ni dan bla bla bla....."





Itu antara kebanyakan jawapan yang kita fikir kan ? Tapi sebenarnya kita sendiri tak tahu perkara sebenar kan?Kenapa kita still nak buat impression macam tu ? Kenapa nak terus menjudge orang bila pertama kali jumpa ?



p/s : entri ni ada sambungan ! hehe..berEpisod..see you allssss in next entri k ! hehe