Friday 30 November 2012

Bukan Sahabat Biasa



Alhamdulillah 
Waktu aku sedikit terleka 
Ada mereka mengingatkan 
Ketika aku seperti mahu tersasar
Ada mereka menarik aku kembali

Ya Allah
Engkau temukan aku dengan mereka
Adalah satu hadiah yang bernilai buat aku
Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah

Ya Allah
Jangan Engkau pisahkan kami
Ya Allah
Semoga ukhwah ini hingga ke syurga
Ya Allah
Sesungguhnya sayang aku kepada mereka
 Kerana Mu Ya Allah :)

Tuesday 20 November 2012

Doa , Dia Maha Mendengar



Aku mungkin tak sekuat mereka
Kerana itu aku lahir dan tinggal di Malaysia
Malaysia yang keadaannya tiada perang
Tidak dihujani bom
Jauh beza dengan Gaza
Ya Allah
kuatnya mereka
kuatnya saudara saudara Islam ku 
Ya Allah 
anak anak kecil di sana 
wanita wanita
Mereka itu insan terpilih
Kuat 
Dan ada yang mati syahid
Allahurabbi
Mereka rasa terseksa di dunia 
Tapi Allah janjikan syurga di sana :')

p/s : Kirimkan doa untuk mereka , bantu mereka , keadaan kita tidak sama dengan mereka , mari kita bantu saudara se Islam kita dengan doa . In sha Allah 

Wednesday 14 November 2012

Lain Orang Lain Cara

Pendirian?

Semua orang pasti punya pendirian yang tersindiri kan?Setiap orang lain pendiriannya..Dan ada juga pendirian kita sama dengan orang lain..Terpulang pada individu..Yang pasti sebagai individu lain kita perlu hormat pendirian orang lain..Orang itu pasti punya sebab kenapa dia buat macam tu..Perkara ini berbalik kepada macam mana first impression kita dekat seseorang tu..Untuk berfikiran positif sentiasa itu sebenarnya bukan mudah..Secara jujur nya susah..Tapi kan kalau kita cuba InsyaAllah , Allah akan mudahkan..

Okayyyy untuk Tahun Baru (1434 hijrah) jom kita sama sama buat azam baru..Biar azam tu nampak simple tapi istiqamah , InsyaAllah :)



Monday 12 November 2012

Satu Langkah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak ber blog rasa janggal pulak..Tak tahu nak start dari mana?Nak story apa?Okayyy tarik nafas panjang panjang , fuhhhh 

Bismillah...

Pertama sekali syukur Alhamdulillah , Nisa dan rakan rakan sudah selesai EJU ( Examination for Japanese University Admission ) dan sekarang kami sedang dalam mood bercuti :) Walau apa apa pun ini hanya permulaan bukan pengakhiran..Sebulan lepas ni akan ada Shuuryou Shiken dan exam ini juga antara exam penting..So tak boleh la nak tarik nafas lega lagi kan..Keputusan sama ada fly atau tak tu hanya akan tahu next year..InsyaAllah berkat usaha , doa ibu bapa dan guru guru , harapnya kami batch 30 AAJ 100% akan fly ke nihong next year :D



p/s : Ohh ni hanya entri permulaan , hehe , saja nak refresh balik kan , dah lama tak update..InsyaAllah next entry akan menyusul :))