Tuesday 23 April 2013

Urusan antara aku dan DIA

Urusan hati antara kita dan Dia



Doa lah selagi bibir kau mampu berkata kata
Tangisi lah selagi air mata kau mampu mengalir
Saat kau sendiri , tiada keluarga tiada teman
Kau masih punya Allah untuk mendengar
Hati manusia Allah yang pegang
Allah lebih tahu 
Dia yang akan mengubatkan 
Dia yang akan menyembuhkan

Jangan kau biar hati yang sakit itu terus sakit
Jangan kau biar hati yang terus kosong itu terus kosong tanpa kau isi
Jangan kau biar hati yang gelap itu terus gelap tanpa ada sisi cerahnya






Thursday 18 April 2013

DIA tolong :)


Penerimaan mereka terhadap aku sebagai orang Islam yang memakai tudung sangat sangat okay.
Alhamdulillah , tadi ada medical check up.
Macam biasa kene timbang berat , check mata , xray dll
Waktu timbang berat dia suruh tanggal kasut dan stokin
Aku cuba explain aku nak jugak pakai stokin tu , tak nak tanggal
Alhamdulillah dia terima :)
Kemudian check mata dan seterusnya
Paling gelabah bila part check telinga 
Dah dia nak tengok telinga pulak 
"Kan aku ni pakai tudung!!" bermonolog sekejap
Saat aku nak cakap yang boleh tak , tak payah check telinga?
Dia senyum kata takpe la kalau telinga ok tak payah bukak tudung 
dan aku senyum :)
Dalam hati kata yes ! 
Last sekali kena xtray 
Dan ini aku rasa bersyukur 
Sebabnya , makcik dekat tempat xtray tu kata
Oh awak tak boleh tanggal tudung kan?
Takpe , nnt nak xtray angkat je tak payah bukak tudung tu :)

Mungkin mulanya sedikit terasing
Tapi , mereka hormat 
Mereka faham
Syukur Alhamdulillah

Wednesday 10 April 2013

Ujian Itu Tanda Allah Sayang


Alhamdulillah

Perjalanan yang panjang baru bermula
Ye aku rindu azan yang aku dengar dari masjid masjid dan surau surau
Sekarang hanya dengar di laptop ataupon di telefon
Rasanya lain , perasaannya berbeza
Tapi tidak dengar azan bukan alasan boleh tinggalkan sesuka hati
Allah itu sentiasa ada dan melihat
Jangan lupa !

Persekitaran di universiti yang susah nak nampak wanita nya berhijab dan menutup aurat
Ye aku rindu itu juga
Biar orang memandang aku dengan pandangan asing
Aku tak peduli
Tudung bukan satu masalah 
Tak boleh makan sesuka hati itu bukan satu masalah
Kena check setiap kandungan makanan itu juga bukan satu masalah
Allah tempatkan kita di sesuatu keadaan itu pasti ada sebab
Aku tak rasa yang tak boleh makan KFC di Jepun ni menyedihkan
Kerana aku sayang Allah
Kita sayang Allah

Aku rasa di negara yang penduduknya majoriti bukan Islam ni ujian untuk kami
Melihat sejauh mana setianya kita
Kuatnya kita untuk menjaga dan amalkan perintah Nya
Di Jepun sifat sifat Islam itu banyak
Bersih , menepati waktu
Sayangnya hanya akidah berbeza

Di mana pon kita berada
Aku kau dan kita
Tetap hamba dan khalifah di muka bumi Nya

p/s : sekarang zaman teknologi , tak jumpa , tak duduk satu bulatan pon tak pe , masih boleh ber usrah , masih boleh berkumpul dan beriman sejenak..tipu aku tak rindu ingin ber usrah muka ke muka , rindunya tapi itu juga bukan alasan ! Hanya dengar suara pon dapat lepas rindu , dapat sedikit ilmu , Alhamdulillah minggu ini dah start berusrah online , moga istiqamah :')