Wednesday 29 January 2014

Jangan Hidup Berseorang

Hampir tak sedar 
Pejam celik 
Bakal mencecah setahun keberadaan aku di negara matahari terbit ni

Alhamdulillah 
Keberadaan yang bermakna buat diri aku
Banyak perkara baru yang aku belajar
Sangat banyak
Dan masih dalam proses 'belajar'

Antaranya bila jauh dari keluarga 
Saat kita jatuh dan kita sangat perlukan sokongan
Selain dari kita mengadu pada Dia 
Waktu tu sahabat dan teman akan menjadi pengganti keluarga

Kerana itu perlunya berukhuwah 
Jangan menyendiri
Jika terlalu membawa diri takut takut tak terurus nanti

Indah dan sangat indah apabila ada sahabat yang sentiasa mengingatkan
Ujian itu hadiah dari Tuhan
Menghadiahkan kita ayat Al-Quran 
Taktala hati rasa tak tenang 



p/s : Gambar dari fb Circle of Hearts ^^



Wednesday 22 January 2014

Forgive And Forget

Kerana memaafkan itu lebih baik. 

Kita bukan Tuhan untuk menghukum 
Kita bukan Tuhan untuk tahu mereka penghuni syurga atau neraka

Kerana kita manusia biasa
Kerana kita juga pendosa 

Semua orang ada zaman hitam yang sendiri 
Dan semua orang punya hak untuk ada hidup baru 

Kerana penghujung hidup seseorang itu adalah rahsia Dia
Maafkanlah
Kerana memaafkan itu lebih baik.

Monday 20 January 2014

Kematian Itu Hampir

Kerana mati itu pasti 

Terbayang bayang senyuman arwah waktu makan sushi yang aku buatkan 
Terbayang bayang muka arwah yang bergelinangan air mata sebelum aku fly ke jepun bulan tiga tahun lepas 
Aku sempat mengusiknya "Jangan lah nangis tok , nanti cuti baliklah" 
Tersenyum dia 

Arwah pesan , "belajar rajin rajin.." 
InsyaAllah atok 

20/1/2014 , Tuan Hj Abdullah bin Suboh pergi bertemu Penciptanya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

Al-Fatihah..

Tuesday 14 January 2014





Dia tahu dia tak boleh memeluk anaknya waktu itu
Kerana jarak mereka jauh
Yang hanya keluar dari mulutnya
"Strong" , "You are strong" , "Don't cry"

........................................................................................

Suara cekal seorang ibu itu buat aku lagi sayu 
Sangat sayu 
Tak mampu nak selindung masalah sendiri
Aku pohon doa mama dari jauh
Walaupun aku tahu , mana ada ibu tak pernah doakan anaknya 

Ya Rabb , moga aku diberi kekuatan 



Monday 13 January 2014

Syukur Kerana Rasa Itu

Akan muncul satu ketika 
Kita rasa sangat rendah diri dan sedih kerana kekurangan itu.

Syukurlah 
Kerana kita punya perasaan seperti itu 
Dan usahalah 
Kerana kita masih belum terlambat 

Wednesday 8 January 2014

Penutup 2013

Terlalu lama meninggalkan sehingga apa yang hendak ditulis juga tak tahu 

Alhamdulillah 
Tahun dua ribu tiga belas
Selesai satu tahun yang penuh dengan pelbagai adegan , cerita , kisah
Nak dicerita satu persatu kisahnya aku rasa satu entri tak cukup
So kita ambik yang penghujung
Ya
Penghujung tahun yang tidak disangka sangka
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Bertemu 3 insan insan hebat 
Mendengar pengisian dan peringatan daripada mereka
Itu kisah penutup tahun yang paling aku suka
Syukur 
Allah izinkan aku bersama teman teman berkumpul dan menuntut ilmu dari mereka



Moga ada peluang kita berkumpul kembali dalam usaha mencari redha-Nya 
Amin.