Monday 17 February 2014

Reflect


Kita riuh cerita susah kita 
Kita sibuk kata tak cukup itu ini
Tapi kita tak pernah fikir nikmat yang kita terima sejak lahir sehingga kini

Nikmat Dia beri memang tak dapat dihitung guna jari
Inikan lagi nak dikira guna mesin kira kira
Kerana terlalu banyak sehingga mana manusia lupa untuk syukur taktala terima dugaan dan ujian dari Dia 


Dan kalau sekolah pon ada ujian bulanan 
Ada peperiksaan tahunan
Inikan pula kehidupan 


Pause , Reflect then Continue ~




Wednesday 5 February 2014

Bergantunglah Pada Yang Satu

 
"Letakkan kebergantungan kamu pada Yang Kekal , Yang Tidak Mati 
Kerana terlalu berharap pada manusia takut takut kecewa nanti"

Jangan salah anggap , bukan tak boleh untuk share masalah dengan kawan atau orang lain tapi penekanannya jangan terlalu bergantung harap sampai buat kita lupa kita punya Allah Yang Maha Berkuasa , Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Apabila terlalu berharap pada manusia , satu hari nanti dia takda waktu tu kita macam mana? Sebab tu sangat perlu untuk kita letakkan sepenuh pergantungan kita pada Nya. Kerana dalam apa jua keadaan Allah sentiasa bersama kita :)