Friday 17 June 2016

Inspirasi - Idea

Buku yang memberi inspirasi. Sangat sesuai untuk orang yang nak cari motivasi atau semangat untuk terus ber'karya'. Bila sebut ber'karya' bunyi macam hebat kan. Haha bukanlah macam tu. Apa sahaja hasil seni yang kau nak buat. Ohh seni itu luas ya. 



"Every new idea is just a mashup or a remix of one or more previous ideas."
- steal like an artist -

Teringat , bila orang tanya macam mana nak dapat idea? Yang aku selalu jawab , tengok banyak banyak poster dekat Google tu. Serious. Itulah yang aku buat. Dan seorang senpai ni pernah cakap dekat aku , "Untuk kita yang awal dan baru nak belajar , tiru je poster yang kita rasa cantik. Tiru sampai dapat buat sama macam orang tu buat."

Mulanya aku tak faham. Tapi sebenarnya , bila kau nak tiru tu , kau perlu tahu nak guna skill apa font apa dan dari situ lah sebenarnya kau belajar. Dan bila dah lama-lama kau akan dapat 'style' kau sendiri. Satu je , kalau kau nak improve kau kena rajin. Rajin buat. Rajin explore. Rajin tengok orang lain punya karya. Aku tak reti nak mengajar , tapi aku sedia nak share tips apa yang aku guna :)

Dan sebagai seorang muslim , gunalah bakat apa yang kita ada yang Allah beri pinjam ni untuk agama. Niatkan kerana Dia. 


Thursday 16 June 2016

Dalam kita merancang , jangan lupa berdoa dan letakkan keyakinan sungguh-sungguh pada takdir Tuhan. Risau kalau-kalau dalam sibuk merancang , kita lupa bertawakal padaNya.

Sesungguhnya , masa depan itu rahsia Tuhan. 



“Duhai Yang Mahahidup, duhai Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah untukku urusanku semuanya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.”

Saturday 11 June 2016

Azam ramadhan

Manfaatkan lah pintu kehidupan selama mana ia terbuka kerana pintu itu boleh tertutup bila-bila masa. Selagi ada ruang dan masa , janganlah kita yang mengaku sebagai seorang muslim ini mensia-sia kannya.


Bulan ramadhan ini , niatkan pada diri kita untuk dapat empat perkara 
1) hidayah 
2) keberkatan
3) ilmu
4) keampunan 

Masih sempat pada awal bulan yang mulia ini , kita perbaharui azam kita. Sampai bila nak sekadar puasa menahan lapar dan dahaga sahaja kan?  

Thursday 9 June 2016

4 Ramadhan

Dalam kita selalu meyakini yang Allah itu Maha Pengampun dan menerima taubat , kita juga jangan pernah sekali lupa bahawa Allah itu keras hukum Nya. 


Jangan sesekali mudah mengalah bila berbuat dosa , mohonlah ampun dari Nya. Tapi jangan sesekali juga senang untuk berbuat dosa kerana yakin Tuhan akan mengampunkan kita. 

Pengakhiran itu ada dua , syurga neraka. 

Tuesday 7 June 2016

Berakal


Manusia itu dikurniakan akal. Jadi lah orang yang berakal dengan sebenar-benarnya. Kerana orang yang berakal itu akan berusaha kepada tiga perkara
1) Bekalan untuk akhirat
2) Bekerja untuk kehidupan
3) Menikmati dengan perkara yang tidak diharamkan

Jangan kita memilih jadi orang yang bodoh. Mengharap pelbagai harapan dari Tuhan , tapi tidak berusaha malah melanggar arahan.  


Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" [Al-Imran:190-191]

.

Friday 3 June 2016

Dalam hidup , kita akan berjumpa dengan ramai orang. Banyak ragam. Pelbagai kerenah. Tapi percayalah setiap satu dari mereka pasti ada sesuatu perkara yang boleh kita belajar. 

Dan sebab tu jugak jangan sesekali pandang rendah pada orang lain. Hargai orang yang ada di sekeliling kita. Yang masih ada di sekeliling kita.


Thursday 2 June 2016

Kau akan semangat bila buat sesuatu yang kau suka. 

Kan?

Maka nya , suka lah dengan benda yang kau nak buat supaya terus bersemangat. 



p/s : jangan lupa niat yang betul tu penting