Friday 29 July 2016


Dan sesungguhnya Allah itu dekat
Dan kenapa kita yang menjauh?

Setiap persoalan , jawapan , ketenangan yang kau cari
kau akan jumpa bila kau cari Allah.
Sentiasa dan sentiasa lah perbaiki hubungan dengan Tuhanmu.

Saturday 23 July 2016


Kadang-kadang kau perlu kan seorang yang boleh ingatkan kau , dah betapa jauh kau pergi , dah berapa banyak benda yang kau lalu. Supaya kau tak senang-senang menyerah , putus asa macam tu.

Terima kasih sahabat. Moga kau tak penat untuk terus ingatkan aku. 

Friday 22 July 2016


"Jangan hanya buru nikmat , tapi buru lah rahmat.." 
- dr zaharuddin

Kerana nikmat yang kita rasa bahagia dengannya kadang kala adalah ujian untuk kita

Hampir separuh sem. Tinggal lagi separuh.
Cepat betul masa berlalu.


p/s : macam ni ke perasaan student final year. hm doakan cik hanisah dan kawan-kawan ye

Friday 15 July 2016

Impian


Aku ada angan-angan nak bukak business sendiri. Tapi bukan lah tak nak kerja langsung as engineer , apa yang aku dah belajar selama ni. Cuma , bagi aku bukan selamanya kot. So , aku ada plan aku sendiri. Yang nak ada business sendiri. Coffee Shop. Bakery. Florist.

Coffee shop
Kenapa? Jawapannya senang. Sebab aku suka minum kopi. Since study dekat Jepun , aku suka lepak cafe sorang-sorang , baca buku. Boleh sampai dua tiga jam. Sejenis yang tak kesah la nak lepak sorang. Cafe pon best , memang raikan orang yang nak buat kerja , study dekat situ lama-lama. So , aku nak bukak Coffee Shop macam tu.




Bakery
Yang ni sebab hobi aku. Benda yang aku suka buat waktu stress , baking ! Selain jadi hobi , mungkin boleh jadikan as kerja kita. Kan. Cuma yang ni aku ada terfikir nak gabung sekali dengan coffee shop tu. So , dua benda yang aku suka dalam satu tempat. Nice kan ! 

Florist
Yang ni kakak aku yang minat. Haha. Macam mana aku boleh terfikir pulak nak bukak kedai bunga? Aku suka je bunga. Suka tengok bunga. Hati berbunga-bunga tak errr. Cuma ada sekali hari tu , ada terjumpa idea untuk kedai bunga ni dekat Pinterest. Lepas tu terus search pasal florist ni semua. Dan terus terfikir menarik jugak.


InsyaAllah. Kita rancang. Nak ada itu ini tapi Allah jugak yang tentukan kan. Buat masa ni , impian tu ada lah. Doa-doakan termakbul lah ye. Amin.

p/s : Lari sat dari study pasal 'kenkyuu'. Buat benda yang kita suka. Tulis apa yang kita minat. Boleh datangkan mood. Serius !

Friday 8 July 2016


Berakhir sudah ramadhan.
Moga Allah menerima amalku dan amalmu.

Selesai satu bulan kita "latih diri"
Sekarang masanya untuk kita jalankan tugas pula
Tugas apa?
Meneruskan kebaikan yang kita buat dalam bulan ramadhan , dalam bulan-bulan yang lain
Besar cabarannya , besar ujiannya
Moga Allah kuatkan kita semua
InsyaAllah Amin

p/s : mohon maaf salah silap. selamat hari raya tuan punya blog ucapkan :)

Saturday 2 July 2016


Tiga yang berbeza.
Dengan mereka , aku selesa. Jadi diri aku. 
Dengan mereka , aku belajar banyak perkara.
Tentang hidup , persahabatan , agama.

Mereka yang mempositifkan.
Mereka yang tarik aku bila aku macam nak jauh.

Moga Allah pelihara persahabatan ni.