Monday 29 August 2016


‘Alhamdulillah ala kulli haal’ - All praise and thanks are for Allah in all circumstances.

Syukur untuk semalam , hari ini , esok dan seterusnya

Yang terjadi semalam kadang-kadang hari ini baru kita nampak hikmahnya
Cantik nya takdir Tuhan , tiada yang sia-sia

Moga Allah terus bimbing kita dalam mengurus kehidupan
Kerana jalan itu bukan sentiasa indah dan bukan mudah

Monday 22 August 2016

Anak anak



Antara perkara yang menarik hati ini untuk balik setiap kali cuti 
Anak anak
Balik cuti kali ni dah merangkak
Balik cuti lepastu dah berlari , dah bercakap
Seronok 
Menumpang kasih kata orang

p/s : gigih nak mengingatkan anak-anak ni dieorg ada makcik sorang lagi

Tuesday 9 August 2016

Faham. 
Ikhlas. 
Amal. 
Jihad. 
Pengorbanan.
Taat.
Tsabat.
Tajarrud.
Ukhuwah.
Tsiqah.


Cantik susunannya kan. Kenapa tak amal dulu baru ikhlas? Kenapa tak jihad dulu baru faham?

Bila buat sesuatu tanpa kefahaman tapi hanya dengan semangat yang membuak mungkin kita akan kepenatan di pertengahan dan berhenti dari untuk teruskan.

Bila buat sesuatu bukan kerana iman , niat kerana Tuhan , hasil yang kita harapkan perlu ikut apa yang kita fikirkan. Bila tidak menjadi seperti yang diharapkan , kecewa untuk diteruskan.

Dan sebab itulah pentingnya faham dan ikhlas. Bila penat di pertengahan , semak semula apa tujuan.


Jalan itu masih panjang. Moga Tuhan beri kami kekuatan.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." 

(At-Taubah : 111)

"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu."  

(At-Taubah : 112)

Saturday 6 August 2016



Sudah cukup syukur dan sabar ke kita?
Itu persoalannya

Dua perkataan yang pendek tapi bawa makna yang besar dan berat.
Usahakan jika masih belum terlaksana
Perlahan-lahan kita faham , kita laksanakan

Semua orang usaha
Semua orang cuba

p/s : mana boleh menyerah sebelum usaha. doa. Allah kan ada

Wednesday 3 August 2016

Secret Place


Taklah "secret place" pon.
20 minit dari Akita Eki.
Tempat paling dekat nak 'lari' , bila aku rasa kepala berat , dada sesak

Bila rasa dah lama sikit tak tengok laut aku mesti ke sini
Buat masa sekarang belum pernah lagi bawak siapa siapa ke tempat 'rahsia' ni
Tiap kali pergi mesti sorang
Ingat lagi sofia dengan mira pernah cakap , "sabishii nya lah pergi sorang.."

Untuk tahun tahun lepas ni
Mungkin aku akan rindu nak ke sini lagi nanti


Kalau rajin boleh la baca link dekat bawah ni

Why Being Near The Ocean Can Make You Calmer And More Creative 


p/s : sekarang aku tahu kenapa aku suka sangat pegi tengok laut :)