Thursday, 19 January 2017
Terima kasih kepada orang sekeliling yang banyak bersabar
Jauh dan dekat
Tak putus putus bagi semangat
Sindrom pelajar tahun akhir mungkin
Emosi turun naik
Semangat datang pergi
Makin hampir makin rasa tak cukup
Dalam masa tujuh hari ni harapnya ada hasil
Moga Allah terus kuatkan
Dan hati , harap kau terus cekal.
Thursday, 5 January 2017
2016.
Tahun yang sangat sangat mendewasakan.
Awal tahun sehingga penghujung penuh dengan
cerita.
Suka duka.
Nangis ketawa.
Tuhan sahaja yang tahu kisahnya.
Bila kenangkan balik apa yang dah lalui
sepanjang tahun
rasanya ayat yang paling dekat
Dan 2017.
Semoga lebih mematangkan.
Apa jua kisah baru untuk tahun ini
Moga Allah sentiasa pandu.
Friday, 23 December 2016
Hujung Tahun
Mengenangkan dah nak mula tahun baru
Dah nak masuk bulan satu
Rasa tak cukup kaki tangan
Nak buat itu ini
Tengah tengah buat kerja kepala fikir benda lain yang tak 'settle'
Lepas tu serabut
Hmm macam tu lah aku
Kadang kadang kita lupa untuk berdoa dalam urusan kecil
Urusan yang besar sahaja kita berdoa dengan sungguh-sungguh
Sedangkan setiap satu urusan dalam hidup itu tidak kira kecil besar perlukan pada bimbingan Allah
Sesungguhnya masa itu juga milik Tuhan
Doa. Usaha.
Jangan lupa pergantungan pada-Nya.
Moga Allah kurniakan keberkatan waktu kepada kita.
Dah nak masuk bulan satu
Rasa tak cukup kaki tangan
Nak buat itu ini
Tengah tengah buat kerja kepala fikir benda lain yang tak 'settle'
Lepas tu serabut
Hmm macam tu lah aku
Kadang kadang kita lupa untuk berdoa dalam urusan kecil
Urusan yang besar sahaja kita berdoa dengan sungguh-sungguh
Sedangkan setiap satu urusan dalam hidup itu tidak kira kecil besar perlukan pada bimbingan Allah
Sesungguhnya masa itu juga milik Tuhan
Doa. Usaha.
Jangan lupa pergantungan pada-Nya.
Moga Allah kurniakan keberkatan waktu kepada kita.
*tak tahu lah sempat ke tak. siapkan yang termampu je*
Wednesday, 14 December 2016
Bukan untuk diungkitkan
Aku percaya tiada yang sia-sia dalam setiap takdir Tuhan
Apa yang pernah terjadi
Apa yang pernah lalui
Itu untuk mematangkan
Untuk muhasabahkan
Kita pilih
Nak terus hidup dalam bayang-bayang lepas
Atau dengan langkah baru kita mulakan
Itu pilihan.
Tuesday, 29 November 2016
Yakin
Allah sedang mengajar kau untuk lihat setiap perkara yang jadi dalam hidup itu dengan pandangan yang baik.
Terus lah bersangka baik.
Dan jangan putus untuk berharap.
Sesungguhnya Tuhan mu itu Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu perkara.
Tiada yang mustahil.
Subscribe to:
Posts (Atom)


