Sunday, 30 September 2012

Oh Hati



Hati itu rahsia kita dan Dia
Apa sahaja yang ada tersimpan dalam hati hanya Dia dan kita yang tahu

Dan sebenarnya Dia lebih tahu
Semoga hati ini kuat bergantung padaNya lebih daripada makhluk ciptaanNya 

最後までがんばろう

Sunday, 23 September 2012

Yakin , Dia lebih tahu


Kekuatan tidak akan hadir tiba tiba
Doa
Allah Maha Mendengar :')

Sabar itu indah :')


Apabila ujian datang menimpa , Allahuakhbar hati ini sahaja tahu macam mana aku berusaha mencari kekuatan..Berdoa..kerana hanya Dia Yang Memahami..jatuh terduduk sekali..perasaan ni tak pernah aku rasa dulu..Ohh macam ni la rasanya orang yang mengalami kegagalan..sekarang baru aku faham..

Hari demi hari , aku kuatkan diri melemparkan senyuman , mencari cari kekuatan agar kesedihan itu tak nampak oleh mereka..Betul..senyuman mampu menutup segala kesedihan :)

Aku bersyukur dengan ujian ni..Allah beri aku peluang merasai pengalaman baru..Hati ini makin kuat bergantung dengan Dia..makin kerap ingin mengadu pada Dia..bila sedih sikit cari Dia..dan sekarang aku faham ujian ini banyak hikmah di sebaliknya :)

Hari itu makin hampir..semoga usaha aku tak berhenti setengah jalan..semoga diberi kekuatan untuk bangun dan berlari mengejar cita cita itu..Usaha,Doa,Tawakal..semoga Allah redha..Amin 


Saturday, 21 July 2012

Bertemu Ramadhan

Assalamualaikum..



Alhamdulillah..first day berpuasa dan semalam first terawih..Tahniah bagi sesiapa yang berjaya memulakan malam pertama ramadhan dengan berterawih ! Semoga dapat teruskan semangat sampai penghujungnya , insyaAllah..


Syukur Alhamdulillah kita dapat bertemu Ramadhan kali ni..So apa azam kita?Perbaiki puasa , insyaAllah..puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga sahaja..bukan sahaja menahan dari perkara perkara yg membatalkan puasa je tetapi semoga puasa kali ni kita dapat menahan nafsu,mata,telinga,mulut dari berkata sia sia dan lain lain..InsyaAllah..sesunggunya bulan Ramadhan sangat sangat istimewa..semoga kita semua dapat merebut peluang kali ni untuk perbaiki diri dan ibadah kita..Amin




p/s : Harapnya Ramadhan kali ni Ramadhan terakhir di Malaysia dan semoga bertemu Ramadhan seterusnya di Bumi Sakura , InsyaAllah :')

Sunday, 1 July 2012

Cry When You Need It


Siapa kata menangis itu tidak perlu?
Siapa kata manusia itu tidak akan menangis?
Siapa kata?
Kadang kadang menangis itu perlu
Kerana menangis itu menunjukkan manusia itu punya kelemahan dan sebab itu manusia harus bergantung dengan Allah

p/s : Jika kita fikir kita keseorangan , Allah sentiasa ada bersama kita..Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya walaupun hambaNya kadang kadang melupakan Pencipta mereka

Saturday, 30 June 2012

Hope


Kau , aku , kita semua sesat kerana kita masih belum mencapai syurga yang kita matlamatkan. Dan sebab itu , kita tidak boleh berhenti atau putus asa untuk beribadah kerana kita tidak akan dapat menjangka apa yang akan terjadi semasa dalam perjalanan kita mencapai apa yang kita matlamatkan iaitu syurga.