Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, 4 October 2015

Hampir Tiga Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hampir tiga tahun. Kalau orang tanya apa perkara yang best aku dapat sepanjang tiga tahun ni , selain jawapan biasa macam tengok negara orang dan lain lain , satu perkara yang aku rasa sangat bersyukur , aku diberi peluang belajar uruskan hidup aku sendiri. 

Jauh dari keluarga , tinggal sorang sorang , nak tak nak kau mesti kena pandai uruskan kehidupan kau. Pengurusan duit. Bila mana , kau harus rancang untuk asingkan duit sewa rumah , duit bil , duit barang rumah , simpanan , kalau ada plan nak balik malaysia duit tiket lagi. Tu semua kena pandai uruskan sendiri. Silap silap kalau terlebih guna , hujung bulan duduk rumah makan pon kena kawal makan apa yang ada. 

Bila dah uruskan semua sendiri , buat aku terfikir macam mana mak ayah kita bekerja , uruskan perbelanjaan rumah , sekolah kita waktu kecik kecik dulu. Allahu. Besarnya tanggungjawab , besarnya jasa. 

Hargailah mak ayah kita :) 



p/s : Tips beli barang rumah , list kan barang yang takde sebelum pergi kedai supaya fokus tak lari :P Kalau takde list ni , biasanya apa yang nampak dekat mata tu main beli je. Bahaya ! 

Tuesday, 19 May 2015

Pengembara



"Jadilah engkau di dunia seakan-akan sebagai orang asing atau seorang musafir." - HR Bukhari


Nabi Adam asalnya dari syurga , dan kita semua nak kembali ke syurga. 
Orang yang faham asal usul dia , kemana dia nak pergi tidak akan meletakkan
dunia sebagai matlamat terakhir tetapi akhirat jua lah yang kekal abadi.

Saturday, 24 January 2015

Nota Pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Untuk entri pertama tahun 2015. Alhamdulillah untuk dua nikmat yang terbesar iaitu iman dan Islam yang Dia kurniakan. 

Berubahnya tahun , meningkatnya usia , banyak perkara yang perlu muhasabah dan difikir semula. Masih lagi menuntut ilmu pengawalan emosi , pengurusan cara hidup dan lain lain. Pelajaran yang tak menuntut di Universiti kata orang. Cara belajarnya harus dari kehidupan. Memerhati , mendengar dan memahami. Bila tertinggal salah satu , yang sepatutnya dihadam tapi lain yang kita faham.

Matangkan cara berfikir. Nak seronok sampai bila? Soalan yang berlegar legar dalam kepala. Mati itu tidak tunggu bila kita sudah bersedia kawan. 


"Don't just grow up , grow better." 
- br. boona muhammad


p/s : musim peperiksaan dah tiba. bukan semata ujian pelajaran tapi yang lain juga. selamat bersedia wahai hati

Wednesday, 23 April 2014

Sakura.

22 April 2014


23 April 2014



Allahu
Setelah berbulan ku lihat ranting
Sekarang sudah berbunga

Terima kasih Ya Rabb :)


Tuesday, 14 January 2014





Dia tahu dia tak boleh memeluk anaknya waktu itu
Kerana jarak mereka jauh
Yang hanya keluar dari mulutnya
"Strong" , "You are strong" , "Don't cry"

........................................................................................

Suara cekal seorang ibu itu buat aku lagi sayu 
Sangat sayu 
Tak mampu nak selindung masalah sendiri
Aku pohon doa mama dari jauh
Walaupun aku tahu , mana ada ibu tak pernah doakan anaknya 

Ya Rabb , moga aku diberi kekuatan 



Monday, 13 January 2014

Syukur Kerana Rasa Itu

Akan muncul satu ketika 
Kita rasa sangat rendah diri dan sedih kerana kekurangan itu.

Syukurlah 
Kerana kita punya perasaan seperti itu 
Dan usahalah 
Kerana kita masih belum terlambat 

Wednesday, 8 January 2014

Penutup 2013

Terlalu lama meninggalkan sehingga apa yang hendak ditulis juga tak tahu 

Alhamdulillah 
Tahun dua ribu tiga belas
Selesai satu tahun yang penuh dengan pelbagai adegan , cerita , kisah
Nak dicerita satu persatu kisahnya aku rasa satu entri tak cukup
So kita ambik yang penghujung
Ya
Penghujung tahun yang tidak disangka sangka
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Bertemu 3 insan insan hebat 
Mendengar pengisian dan peringatan daripada mereka
Itu kisah penutup tahun yang paling aku suka
Syukur 
Allah izinkan aku bersama teman teman berkumpul dan menuntut ilmu dari mereka



Moga ada peluang kita berkumpul kembali dalam usaha mencari redha-Nya 
Amin.


Friday, 8 November 2013

Fikir Dan Pilih



Sangat suka kata kata ni. Jadikan lah diri kita seorang manusia yang berguna kepada orang lain. Jika tak mampu untuk menyumbang tenaga yang besar , yang kecil kecil pun sangat diperlukan. Di mana mana pon keberadaan kita , walaupun bukan di negara sendiri , walaupun tiada komuniti Islam di tempat tu , tapi kita tahu tugas kita , kita sedar apa yang perlu dibuat , bagaimana dan macam mana yang perlu dilaksanakan.

Kebanyakan daripada kita selalu rasa rendah diri , selalu rasa "aku tak pandai cakap macam dia..aku tak banyak ilmu macam dia..aku tak pandai itu..aku tak pandai ini..dan bla bla bla" , tapi kita jarang untuk cari kelebihan kita yang boleh disumbangkan. Aku selalu peringatkan diri sendiri , jika aku tak mampu menjadi orang yang berkata kata di hadapan , aku jadi tukang buat air pon jadilah. Kita menyumbang ikut kemampuan diri , kerana manusia itu sendiri punya kelebihan masing masing. Jangan sibuk mengharapkan kita menjadi seperti dia , tapi kita berusaha perbaiki kelemahan diri dan menyumbang dengan cara kita sendiri. 


Janji Allah itu pasti. Islam akan menang. Cuma bila waktunya dan bagaimana itu kita tak tahu. Jika kita sendiri dah tahu pengakhirannya , kita masih nak jadi orang yang memerhati sahaja? Atau antara orang yang membantu?




p/s : taip taip sambil dengar lagu ni :)

Thursday, 18 April 2013

DIA tolong :)


Penerimaan mereka terhadap aku sebagai orang Islam yang memakai tudung sangat sangat okay.
Alhamdulillah , tadi ada medical check up.
Macam biasa kene timbang berat , check mata , xray dll
Waktu timbang berat dia suruh tanggal kasut dan stokin
Aku cuba explain aku nak jugak pakai stokin tu , tak nak tanggal
Alhamdulillah dia terima :)
Kemudian check mata dan seterusnya
Paling gelabah bila part check telinga 
Dah dia nak tengok telinga pulak 
"Kan aku ni pakai tudung!!" bermonolog sekejap
Saat aku nak cakap yang boleh tak , tak payah check telinga?
Dia senyum kata takpe la kalau telinga ok tak payah bukak tudung 
dan aku senyum :)
Dalam hati kata yes ! 
Last sekali kena xtray 
Dan ini aku rasa bersyukur 
Sebabnya , makcik dekat tempat xtray tu kata
Oh awak tak boleh tanggal tudung kan?
Takpe , nnt nak xtray angkat je tak payah bukak tudung tu :)

Mungkin mulanya sedikit terasing
Tapi , mereka hormat 
Mereka faham
Syukur Alhamdulillah

Tuesday, 26 March 2013

Hari Hari Awal Di Bumi Sakura

Alhamdulillah , syukur..itu pertama yang aku rasa bila kapal terbang mendarat dekat Narita Airport , Japan..Kalau dulu sebut sahaja jepun , tapi sekarang dah berada di Jepun..syukur


Pengalaman yang banyak :)

Solat dalam kenderaan , contoh kapal terbang dan train..Subuh di dalam flight tu mmg merisaukan..takut tak bangun..tapi Alhamdulillah terjaga masa kawan kawan tanya dekat pramugari pasal waktu solat..Kemudian sampai je dekat Narita , makan semua dan kemudian kena naik shinkansen (bullet train)..pejalanan ke Akita tu jauh..sampai pun pukul 7.04 minit..so kiteowang solat zuhur,asar dan maghrib dalam train..satu lagi pengalaman baru untuk aku :)


tadi pergi jalan jalan ala ala piknik dengan senpai..dan satu pengalaman paling best bila dapat solat depan laut..syukur Ya Allah :) ini pengalaman yang nak sangat aku rasa..dan aku dah dapat..aku tau 4 tahun ni pasti lagi banyak pengalaman baru..


salji antara benda yang paling di nanti dan aku dapat rasa awal awal datang kat sini..Alhamdulillah..lebat jugak..macam hujan turun tapi itu salji..keadaan sejuk dekat sini satu ujian..sekarang kurang sihat..tapi Alhamdulillah urusan dapat diselesaikan..


p/s : kering mana pun hati tu lama lama basah jugak kan 




Tuesday, 5 March 2013

Proses Hidup


" Semakin dewasa semakin banyak perkara yang perlu di fikir dan di selesaikan
Waktu kecil dulu kebanyakan perkara di tentukan oleh ibu bapa
Tapi semakin membesar semakin banyak perkara yang perlu di fikirkan sendiri
Dari urusan study sampai lah ke urusan memilih pasangan hidup
Semua nya sendiri
Ibu bapa keluarga sebagai tempat rujukan dan berbincang
Tapi yang membuat keputusannya tetap diri sendiri "

Aku 
Bakal menjalani satu fasa kehidupan yang baru di jepun nnt
Tanpa ada keluarga , mama babah dekat sekeliling aku
Dulu antara perkara yang tak perlu aku kesah dan risaukan
Duit bayar bil , duit beli barang makanan , duit nak belanja
Tapi nanti aku perlu uruskan hidup sendiri
Babah pesan buat perancangan untuk perbelanjaan duit baik baik
Asingkan mana yang penting dan perlu di bayar
Siapa kata aku tak risau
Angka 20 tu belum boleh menunjukkan kematangan berfikir seseorang
Setiap orang lain lain
Moga aku dapat jaga diri 
InsyaAllah

p/s : perasaan sekarang tak boleh di describe 

Wednesday, 27 February 2013

Menghitung Hari



Syukur Alhamdulillah 
Sekarang tengah menghitung hari untuk berangkat ke sana
Jika diizinkan Allah tarikhnya 21 Mac 2013 pada 11.35 malam
Bermula lah satu perjalanan hidup yang baru
Jauh dari ibu bapa , dari keluarga
Perkara yang tak pernah terlintas di fikiran
Akan melanjutkan pelajaran di negara orang
Yang berlainan agama , bahasa dan budaya
Mungkin orang akan kata seronok , mesti best dapat rasa 4 musim
Tapi bagi aku 
Ini adalah peluang keemasan untuk aku meng " transform" diri
Mendidik diri supaya hidup , makan , kawan , pakai dengan cara Islam
Moga perjalanan ini dapat membuat satu perubahan yang baik pada diri aku
Tiada apa lagi yang aku harapkan

Ya Allah 
Moga Engkau redha 



p/s : Masih perlu mempersiapkan diri dari segi rohani , jasmani , mental , fizikal . Dalam kata mudah still tak ready , hmmmm 

Sunday, 10 February 2013

Dulu Sekarang Beza

\

Terdetik di hati nak update sesuatu yang panjang seperti dulu..bercerita sedikit perihal hidup dan pengalaman..tapi sekarang lebih suka untuk menulis sesuatu yang pendek dan bermakna..mungkin pada aku..mungkin hanya aku yang mengerti tapi kini itu yang jadi kesukaan..

Kadang kadang cemburu pada mereka..yang punya banyak ingin dikongsi tapi aku..sekadar update 30 saat je orang sudah habis baca..haha..bunyik macam kelakar tapi itu realiti..dalam kepala ni berlegar legar je idea tapi bila da taip asyik delete..apa perangainya entah..


  

p/s : terima kasih kepada cik kawan yang suka kenalkan lagu lagu Raef yang best :)

Friday, 8 February 2013

Di Sana Kita Berjumpa


Untuk 2 tahun
Alhamdulillah
Pengalaman baru 
Ambang Asuhan Jepun (AAJ)
Satu tempat yang sangat memberi makna
Aku kenal jatuh bangun di sana
Tempat yang bukan sahaja ajar ilmu dunia
Tapi kenalkan aku pelbagai perkara
Perancangan Allah itu sangat baik
Kita akan rasa susah dahulu baru rasa manisnya
Kawan kawan pulak
Pelbagai ragam pelbagai kerenah
Mengenali mereka banyak membuka mata 
Terima kasih kepada semua
Berkat doa keluarga guru guru teman
Aku berjaya menamatkan dua tahun disana
Syukur



p/s : InsyaAllah lebih kurang sebulan lebih lagi , ohh cepatnya masa berlalu




Friday, 1 February 2013

Big Circle :)


Semalam yang terakhir
Bulatan gembira bersama mereka
Cepat betul masa berlalu
Hampir dua tahun aku dan mereka menjadi satu family besar
Bulatan yang banyak membuka mata aku
Bulatan yang selalu berkongsi ilmu
Bulatan yang bagi peringatan
Bulatan yang penuh dengan kasih sayang
Aku rasa tak rugi
Malah lagi beruntung
Allah temukan aku dengan orang orang seperti mereka
Alhamdulillah
Ini satu nikmat 
Moga ukhwah kami berterusan
Moga aku dapat jumpa orang seperti mereka
Di lain tempat Di lain waktu
Terima kasih sekali lagi
Terima kasih :)


p/s : love you LILLAH

Bakal Ke Sana


Alhamdulillah
Sedikit rasa lega 
Rasa seperti satu jari kaki sudah berpijak di bumi sakura

Alhamdulillah
Walaupun seorang perempuan
Allah sentiasa ada

4 tahun , InsyaAllah
Moga kehidupan di sana
Dirahmati
Diredhai
Dan Dipermudahkan

Bukan mudah tapi tak mustahil
Aku percaya 
Allah akan pandang usaha kita
InsyaAllah takkan sia sia

Perasaan takut pasti ada
Tipu kalau kata aku sudah bersedia
Mental , fizikal , rohani
Perlu dipersiapkan
Moga dengan doa dari keluarga dan teman teman
Aku jadi lebih kuat


p/s : bakal ke Akita Dai bersama mereka , kore kara yoroshiku !!

Monday, 28 January 2013

Benci Juga Ada Baiknya



Kata-kata dari seorang teman

"Jangan membenci orang yang melakukan kejahatan 
Tetapi bencilah perbuatan jahat yang dilakukan orang tersebut"

Satu tips untuk ubah impression dekat seseorang..Untuk ada first impression yang positive susah kan , tapi bila teringat ayat ni terus dalam otak keluar "Don't Judge A Book By Its Cover" !! Bukan tu je sebenarnya , bila kita benci satu perbuatan jahat tu mesti kita takkan buat benda yang kita benci kan?kan?so mungkin ni juga salah satu cara untuk kita latih diri untuk tidak buat sesuatu perkara yang Allah tak suka :)

InsyaAllah moga kita sama sama dapat positive kan first impression kita dekat seseorang :)

Sunday, 20 January 2013

Tak Rugi Makin Happy :)


Hampir satu tahun
Dan aku rasa pilihan aku tak salah
Lebih kenal makna bahagia
Syukur
Moga ramai yang dapat rasa apa yang aku rasa
Tapi banyak lagi yang perlu dibaiki
Kerana aku juga manusia biasa
Kadang kadang aku juga terleka



Good News


Alhamdulillah gembira untuk semua
Alhamdulillah satu batch lulus untuk fly
Alhamdulillah dua tahun yang sangat bermakna
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Syukur Ya Allah

p/s : belum berakhir tapi baru bermula 

Tuesday, 20 November 2012

Doa , Dia Maha Mendengar



Aku mungkin tak sekuat mereka
Kerana itu aku lahir dan tinggal di Malaysia
Malaysia yang keadaannya tiada perang
Tidak dihujani bom
Jauh beza dengan Gaza
Ya Allah
kuatnya mereka
kuatnya saudara saudara Islam ku 
Ya Allah 
anak anak kecil di sana 
wanita wanita
Mereka itu insan terpilih
Kuat 
Dan ada yang mati syahid
Allahurabbi
Mereka rasa terseksa di dunia 
Tapi Allah janjikan syurga di sana :')

p/s : Kirimkan doa untuk mereka , bantu mereka , keadaan kita tidak sama dengan mereka , mari kita bantu saudara se Islam kita dengan doa . In sha Allah