Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Pengembara



"Jadilah engkau di dunia seakan-akan sebagai orang asing atau seorang musafir." - HR Bukhari


Nabi Adam asalnya dari syurga , dan kita semua nak kembali ke syurga. 
Orang yang faham asal usul dia , kemana dia nak pergi tidak akan meletakkan
dunia sebagai matlamat terakhir tetapi akhirat jua lah yang kekal abadi.

Thursday, 29 January 2015

Sebelum Terlewat

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Ramai orang boleh buat ibadat tapi lupa faktor faktor yang boleh rosakkan amal ibadat."

Terkedu. Hm betul lah tu. Realitinya , untuk buat perkara baik , untuk beribadat mungkin ramai boleh buat tapi yang cakna sebab sebab boleh rosaknya amal ibadat itu sedikit. 

"Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan daripada-Nya? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - 5:74


Syarat syarat taubat 
1) Menyesal. Dengan sebenar benar menyesal.
2) Bersungguh-sungguh meninggalkan perkara maksiat tersebut 
3) Bercita-cita untuk tidak mahu melakukan perkara maksiat tersebut

Cara-cara mohon keampunan dari Allah
- 3 syarat taubat 
- Sentiasa beristighfar
- Banyakkan amal kebajikan
- Mensyukuri nikmat Allah
- Perbanyakkan doa mohon kesejahteraan dunia akhirat


Taubat itu ubat.
Astaghfirullah

p/s : taubat bukan hanya untuk dosa dosa besar kawan

Tuesday, 27 January 2015

27 Januari

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saat aku ingin sekali menenangkan hati yang gelisah perihal urusan dunia , Allah hadiahkan ayat ini

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan dalam hati orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).." - 48:6

Diam. Sebak. Kan Allah dah kata Al-Quran itu sebaik baik penawar. Apa lagi yang kau cari?

"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman..." - 17:82

Berdampinglah dengan Al-Quran. Bukan hanya dikala susah kita mencarinya. 



Saturday, 24 January 2015

Nota Pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Untuk entri pertama tahun 2015. Alhamdulillah untuk dua nikmat yang terbesar iaitu iman dan Islam yang Dia kurniakan. 

Berubahnya tahun , meningkatnya usia , banyak perkara yang perlu muhasabah dan difikir semula. Masih lagi menuntut ilmu pengawalan emosi , pengurusan cara hidup dan lain lain. Pelajaran yang tak menuntut di Universiti kata orang. Cara belajarnya harus dari kehidupan. Memerhati , mendengar dan memahami. Bila tertinggal salah satu , yang sepatutnya dihadam tapi lain yang kita faham.

Matangkan cara berfikir. Nak seronok sampai bila? Soalan yang berlegar legar dalam kepala. Mati itu tidak tunggu bila kita sudah bersedia kawan. 


"Don't just grow up , grow better." 
- br. boona muhammad


p/s : musim peperiksaan dah tiba. bukan semata ujian pelajaran tapi yang lain juga. selamat bersedia wahai hati

Saturday, 20 December 2014

Belum Pasti





Kerana esok juga masih belum pasti ada
Selagi ada peluang , ada masa
Pohonlah keampunanNya

*Astaghfirullah

Friday, 18 April 2014

Cahaya Untuk Hati



Biasakan yang betul , betulkan yang biasa.
Jika membaca Quran itu jarang jarang.
Kita selalu kan
Jika berzikir itu kurang
Kita perbanyakkan

Sesungguhnya Quran itu ayat ayat dari Dia
Dia Pencipta hati hati kita
Makanya Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik tentulah Dia

Allahuakhbar.

Sunday, 13 April 2014

Siapa kita?


Siapa kita untuk kata 
Yang selamanya kita akan kuat
Yang kita tiada waktu waktu kejatuhan

"But they plan , and Allah plans. And Allah is the best of planners." 
- Quran (8:30) -

Sentiasa beringat dan terima peringatan
Allahuakhbar
Moga Allah redha 

Monday, 17 March 2014

Risau.


Jika kesedihan yang melanda ini kerana risaukan masalah ummah
Tidak cukup sekadar kesedihan
Ia perlukan tindakan


Tuesday, 11 March 2014

Sedar.

Jika kita sedar setiap kali kalimah syahadah yang diucap ketika solat itu membawa makna yang besar
Pasti
Tiada lagi yang teragak agak dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul
Tiada lagi yang persoalkan perlukah diri mereka menyampaikan dakwah , 
menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar

Yakin wujudnya Tuhan Yang Maha Esa , percaya Rasulullah saw pesuruh Nya

Sampai bila kita mahu Islam kita Islam warisan 
Sampai bila kita mahu Islam kita hanya pada ic

Islam adalah lebih dari itu
Islam merangkumi semua 
Semua
Seluruh kehidupan
Samada kita sedar atau tidak

Monday, 17 February 2014

Reflect


Kita riuh cerita susah kita 
Kita sibuk kata tak cukup itu ini
Tapi kita tak pernah fikir nikmat yang kita terima sejak lahir sehingga kini

Nikmat Dia beri memang tak dapat dihitung guna jari
Inikan lagi nak dikira guna mesin kira kira
Kerana terlalu banyak sehingga mana manusia lupa untuk syukur taktala terima dugaan dan ujian dari Dia 


Dan kalau sekolah pon ada ujian bulanan 
Ada peperiksaan tahunan
Inikan pula kehidupan 


Pause , Reflect then Continue ~




Wednesday, 13 November 2013

Bukan Fasa Yang Sama

"Jika usia seseorang 60 tahun, tidak bermakna mereka memiliki masa lapang sejumlah itu juga kerana 1/3 daripada usia manusia terhakis percuma pada tidur dan 1/6 pula berlalu semasa kanak kanak , bakinya hanya 30 tahun sahaja." - petikan dari buku 'TAQWA'

Zaman kanak kanak yang kita rindu kerana menjadi kanak kanak itu mudah , tak perlu berfikir tentang masalah sekeliling , tapi perlu ingat hidup tak selamanya di satu fasa sahaja. Dalam keadaan terpaksa atau rela kita memang perlu berfikiran matang dan ambil peduli hal sekeliling. Nak tak nak , kena buat , dan dalam keterpaksaan , lama lama akan terbiasa untuk lalu kehidupan sebegitu. Kita selalu ambil peduli tentang peningkatan usia setiap tahun , tapi kita lupa untuk check umur pemikiran kita makin matang atau tetap di tahap yang sama.


Friday, 8 November 2013

Fikir Dan Pilih



Sangat suka kata kata ni. Jadikan lah diri kita seorang manusia yang berguna kepada orang lain. Jika tak mampu untuk menyumbang tenaga yang besar , yang kecil kecil pun sangat diperlukan. Di mana mana pon keberadaan kita , walaupun bukan di negara sendiri , walaupun tiada komuniti Islam di tempat tu , tapi kita tahu tugas kita , kita sedar apa yang perlu dibuat , bagaimana dan macam mana yang perlu dilaksanakan.

Kebanyakan daripada kita selalu rasa rendah diri , selalu rasa "aku tak pandai cakap macam dia..aku tak banyak ilmu macam dia..aku tak pandai itu..aku tak pandai ini..dan bla bla bla" , tapi kita jarang untuk cari kelebihan kita yang boleh disumbangkan. Aku selalu peringatkan diri sendiri , jika aku tak mampu menjadi orang yang berkata kata di hadapan , aku jadi tukang buat air pon jadilah. Kita menyumbang ikut kemampuan diri , kerana manusia itu sendiri punya kelebihan masing masing. Jangan sibuk mengharapkan kita menjadi seperti dia , tapi kita berusaha perbaiki kelemahan diri dan menyumbang dengan cara kita sendiri. 


Janji Allah itu pasti. Islam akan menang. Cuma bila waktunya dan bagaimana itu kita tak tahu. Jika kita sendiri dah tahu pengakhirannya , kita masih nak jadi orang yang memerhati sahaja? Atau antara orang yang membantu?




p/s : taip taip sambil dengar lagu ni :)

Friday, 28 June 2013

Jangan Lepas Salah Satu


Sedar atau tak
Makin kau kejar dunia semata
Makin kau rasa penat
Makin kau rasa lelah
Sehingga ada waktu tika kau tak kenal Tuhan
Kau cuba lari
Kau cuba kejar
Tapi makin jauh
Rupanya yang jauh itu
Jarak kau dan Dia
Kau ketepikan urusan kau dan Pencipta
Kau biar , kau biar
Hati kau terus leka
Alasan yang kau beri
Sibuk tiada masa
Sebenarnya masa kau dah hilang macam tu sahaja


Wednesday, 5 June 2013

Kadang Kadang Kita Lupa

Hidupnya kita di muka bumi ini ada dua tujuan utama 
Sebagai hamba Allah dan khalifah
Jangan pegang salah satu 
Jangan ambil itu , tinggal ini
Kau kene genggam dua dua
Sama ada kau sedar atau tak
Hidup kau bukan saja saja
Bukan sekadar makan minum
Lakukan yang wajib , itu dah cukup
Belum !!
Jangan kau tengok cermin , nampak diri kau sahaja
Kau perlu tengok sekeliling
Jangan baik sorang sorang
Kau ada tanggungjawab lain
Sedar atau tak?






p/s : Jika aku terlupa tentang Dia , tolong ingatkan aku 

Sunday, 12 May 2013

Pandanglah Dari Hati



" Ranting ranting itu tidak akan selamanya ranting
Dengan izin Allah akan punya daun dan berbunga juga
Begitu lah juga manusia
Yang jahat , yang buruk itu tidak selamanya begitu
Dengan izin Allah apa sahaja boleh berlaku
Jadi jangan cepat menghukum seseorang
Boleh jadi suatu hari nanti mereka lebih baik dari yang kita sangka "



Bila melihat sesuatu / seseorang jangan tengok dengan hanya menggunakan dari pandangan mata sahaja tapi lihatlah dari pandangan mata hati..Bukan mudah untuk menjadikan pandangan pertama atau first impression kita sesuatu yang positif tetapi tak mustahil..selagi mana kita kata perkara itu susah ia akan jadi susah..Bersangka baik lah dengan Allah..Bersangka baiklah juga dengan manusia..Tidak rugi malah boleh mengelakkan salah faham..Jika orang yang kita lihat sekarang , ada perkara yang kurang baik pada dirinya tegurlah dengan cara berhikmah..doakanlah untuk dia perkara perkara yang baik..Allah temukan kita dengan orang orang yang pelbagai ragam pelbagai kerenah pasti ada hikmah..Bagus untuk kita selalu bermuhasabah diri :)

p/s : apa sahaja yang ditulis , ditaip , dikongsi , dipost , ditweet pastinya peringatan untuk diri sendiri juga ! Impian jangan tinggal impian , impian untuk capai redha Allah , jom capai sama sama ! 一緒に頑張ろう ~


Tuesday, 23 April 2013

Urusan antara aku dan DIA

Urusan hati antara kita dan Dia



Doa lah selagi bibir kau mampu berkata kata
Tangisi lah selagi air mata kau mampu mengalir
Saat kau sendiri , tiada keluarga tiada teman
Kau masih punya Allah untuk mendengar
Hati manusia Allah yang pegang
Allah lebih tahu 
Dia yang akan mengubatkan 
Dia yang akan menyembuhkan

Jangan kau biar hati yang sakit itu terus sakit
Jangan kau biar hati yang terus kosong itu terus kosong tanpa kau isi
Jangan kau biar hati yang gelap itu terus gelap tanpa ada sisi cerahnya






Wednesday, 10 April 2013

Ujian Itu Tanda Allah Sayang


Alhamdulillah

Perjalanan yang panjang baru bermula
Ye aku rindu azan yang aku dengar dari masjid masjid dan surau surau
Sekarang hanya dengar di laptop ataupon di telefon
Rasanya lain , perasaannya berbeza
Tapi tidak dengar azan bukan alasan boleh tinggalkan sesuka hati
Allah itu sentiasa ada dan melihat
Jangan lupa !

Persekitaran di universiti yang susah nak nampak wanita nya berhijab dan menutup aurat
Ye aku rindu itu juga
Biar orang memandang aku dengan pandangan asing
Aku tak peduli
Tudung bukan satu masalah 
Tak boleh makan sesuka hati itu bukan satu masalah
Kena check setiap kandungan makanan itu juga bukan satu masalah
Allah tempatkan kita di sesuatu keadaan itu pasti ada sebab
Aku tak rasa yang tak boleh makan KFC di Jepun ni menyedihkan
Kerana aku sayang Allah
Kita sayang Allah

Aku rasa di negara yang penduduknya majoriti bukan Islam ni ujian untuk kami
Melihat sejauh mana setianya kita
Kuatnya kita untuk menjaga dan amalkan perintah Nya
Di Jepun sifat sifat Islam itu banyak
Bersih , menepati waktu
Sayangnya hanya akidah berbeza

Di mana pon kita berada
Aku kau dan kita
Tetap hamba dan khalifah di muka bumi Nya

p/s : sekarang zaman teknologi , tak jumpa , tak duduk satu bulatan pon tak pe , masih boleh ber usrah , masih boleh berkumpul dan beriman sejenak..tipu aku tak rindu ingin ber usrah muka ke muka , rindunya tapi itu juga bukan alasan ! Hanya dengar suara pon dapat lepas rindu , dapat sedikit ilmu , Alhamdulillah minggu ini dah start berusrah online , moga istiqamah :')

Tuesday, 12 March 2013

Remember !


Walaupun kita berbeza rupa , warna kulit , jantina , tempat di lahirkan , tempat belajar 
Tapi kita tetap punya persamaan
Kita mengejar satu impian iaitu syurga Allah
Kita punya Pencipta yang sama , iaitu Allah
Kita hidup di dunia punya tugas yang sama , sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah
Walaupun jarak kita beribu batu , kawan
Kita masih berbumbungkan langit yang sama iaitu langit Allah
Ke mana pun kita pergi
Ke mana pun kita merantau
Ingatlah kita punya Allah
Yang sentiasa memerhatikan dan mendengar apa sahaja yang kita rintihkan :')


p/s : counting days ~



Monday, 28 January 2013

Benci Juga Ada Baiknya



Kata-kata dari seorang teman

"Jangan membenci orang yang melakukan kejahatan 
Tetapi bencilah perbuatan jahat yang dilakukan orang tersebut"

Satu tips untuk ubah impression dekat seseorang..Untuk ada first impression yang positive susah kan , tapi bila teringat ayat ni terus dalam otak keluar "Don't Judge A Book By Its Cover" !! Bukan tu je sebenarnya , bila kita benci satu perbuatan jahat tu mesti kita takkan buat benda yang kita benci kan?kan?so mungkin ni juga salah satu cara untuk kita latih diri untuk tidak buat sesuatu perkara yang Allah tak suka :)

InsyaAllah moga kita sama sama dapat positive kan first impression kita dekat seseorang :)

Sunday, 20 January 2013

Tak Rugi Makin Happy :)


Hampir satu tahun
Dan aku rasa pilihan aku tak salah
Lebih kenal makna bahagia
Syukur
Moga ramai yang dapat rasa apa yang aku rasa
Tapi banyak lagi yang perlu dibaiki
Kerana aku juga manusia biasa
Kadang kadang aku juga terleka