Thursday, 29 January 2015

Sebelum Terlewat

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Ramai orang boleh buat ibadat tapi lupa faktor faktor yang boleh rosakkan amal ibadat."

Terkedu. Hm betul lah tu. Realitinya , untuk buat perkara baik , untuk beribadat mungkin ramai boleh buat tapi yang cakna sebab sebab boleh rosaknya amal ibadat itu sedikit. 

"Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan daripada-Nya? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - 5:74


Syarat syarat taubat 
1) Menyesal. Dengan sebenar benar menyesal.
2) Bersungguh-sungguh meninggalkan perkara maksiat tersebut 
3) Bercita-cita untuk tidak mahu melakukan perkara maksiat tersebut

Cara-cara mohon keampunan dari Allah
- 3 syarat taubat 
- Sentiasa beristighfar
- Banyakkan amal kebajikan
- Mensyukuri nikmat Allah
- Perbanyakkan doa mohon kesejahteraan dunia akhirat


Taubat itu ubat.
Astaghfirullah

p/s : taubat bukan hanya untuk dosa dosa besar kawan

Tuesday, 27 January 2015

27 Januari

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saat aku ingin sekali menenangkan hati yang gelisah perihal urusan dunia , Allah hadiahkan ayat ini

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan dalam hati orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).." - 48:6

Diam. Sebak. Kan Allah dah kata Al-Quran itu sebaik baik penawar. Apa lagi yang kau cari?

"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman..." - 17:82

Berdampinglah dengan Al-Quran. Bukan hanya dikala susah kita mencarinya. 



Saturday, 24 January 2015

Nota Pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Untuk entri pertama tahun 2015. Alhamdulillah untuk dua nikmat yang terbesar iaitu iman dan Islam yang Dia kurniakan. 

Berubahnya tahun , meningkatnya usia , banyak perkara yang perlu muhasabah dan difikir semula. Masih lagi menuntut ilmu pengawalan emosi , pengurusan cara hidup dan lain lain. Pelajaran yang tak menuntut di Universiti kata orang. Cara belajarnya harus dari kehidupan. Memerhati , mendengar dan memahami. Bila tertinggal salah satu , yang sepatutnya dihadam tapi lain yang kita faham.

Matangkan cara berfikir. Nak seronok sampai bila? Soalan yang berlegar legar dalam kepala. Mati itu tidak tunggu bila kita sudah bersedia kawan. 


"Don't just grow up , grow better." 
- br. boona muhammad


p/s : musim peperiksaan dah tiba. bukan semata ujian pelajaran tapi yang lain juga. selamat bersedia wahai hati

Saturday, 20 December 2014

Belum Pasti





Kerana esok juga masih belum pasti ada
Selagi ada peluang , ada masa
Pohonlah keampunanNya

*Astaghfirullah

Tuesday, 9 December 2014

Kembali

Lama. Terasa lama. Rasanya yang terakhir musim bunga . Sekarang dah masuk musim sejuk. Musim panas dan musim luruh aku biar diam dan diam. Bukan tak tergerak, cuma tak tertaip. Takut takut tiada isi , tiada makna yang ditulis.

Alhamdulillah. Allah terus beri keizinan pada diri ini untuk bercinta dengan nikmat nikmatNya. Kebetulan aku baru selesai menghadam buku "Nota Fikir Untuk Zikir" yang aku rasa dekat dengan diri aku. 




 "Alam ini adalah maha karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya. Mengapa kita hanya melihat nikmat , tetapi melupakan Pemberi nikmat? Mengapa kita memuji alam tetapi tidak memuji Penciptanya? Allah itu dekat, tetapi kitalah yang sering menjauh..." 
- Nota Fikir Untuk Zikir muka surat 93 -

Jika kita memilih hanya untuk melihat keindahannya , maka itu sahaja yang kita dapat. Berfikirlah dan berzikirlah. Kerana Tuhan tidak menciptakan sesuatu itu sia sia. 

"Dan milik Allah lah kerajaan langit dan bumi ; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." - 3:189


Wednesday, 23 April 2014

Sakura.

22 April 2014


23 April 2014



Allahu
Setelah berbulan ku lihat ranting
Sekarang sudah berbunga

Terima kasih Ya Rabb :)


Friday, 18 April 2014

Cahaya Untuk Hati



Biasakan yang betul , betulkan yang biasa.
Jika membaca Quran itu jarang jarang.
Kita selalu kan
Jika berzikir itu kurang
Kita perbanyakkan

Sesungguhnya Quran itu ayat ayat dari Dia
Dia Pencipta hati hati kita
Makanya Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik tentulah Dia

Allahuakhbar.