Apabila ujian datang menimpa , Allahuakhbar hati ini sahaja tahu macam mana aku berusaha mencari kekuatan..Berdoa..kerana hanya Dia Yang Memahami..jatuh terduduk sekali..perasaan ni tak pernah aku rasa dulu..Ohh macam ni la rasanya orang yang mengalami kegagalan..sekarang baru aku faham..
Hari demi hari , aku kuatkan diri melemparkan senyuman , mencari cari kekuatan agar kesedihan itu tak nampak oleh mereka..Betul..senyuman mampu menutup segala kesedihan :) Aku bersyukur dengan ujian ni..Allah beri aku peluang merasai pengalaman baru..Hati ini makin kuat bergantung dengan Dia..makin kerap ingin mengadu pada Dia..bila sedih sikit cari Dia..dan sekarang aku faham ujian ini banyak hikmah di sebaliknya :) Hari itu makin hampir..semoga usaha aku tak berhenti setengah jalan..semoga diberi kekuatan untuk bangun dan berlari mengejar cita cita itu..Usaha,Doa,Tawakal..semoga Allah redha..Amin