Friday 5 May 2017

Thursday 20 April 2017

Pergimu Tanpa Pesan

*dalam kenangan*

Mak.

Mak saudara yang aku panggil Mak. Semua orang panggil Mak. Mak pergi tanpa pesan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Tapi syukur , aku berada di Malaysia waktu tu. Dan syukur Allah kuatkan hati aku untuk pergi hospital teman Kaksu (anak sulung Mak) hari khamis (6 April 2017) tu. Kebetulan aku ada janji dengan Syida nak keluar. Tapi aku batalkan dan mintak tolong Syida hantar ke hospital.

Petang tu , aku , kakak , kaksu dan along ada bersama Mak. Aku dapat suapkan Mak. Aku dan kakak dapat bawak Mak ke bilik air dan lapkan Mak. Kami dapat buat benda yang Mak buat waktu kami kecil.

Balik dari toilet , aku tinggalkan Mak di katil dan aku pergi pulangkan wheelchair. Kembali semula aku nampak Kaksu dah nangis. Aku tanya kakak. Aku nampak semua doctor dan nurse dan berkerumun dekat katil Mak. Waktu tu aku tahu Mak dalam keadaan kritikal.

Mak.

Dah dua minggu. Tapi kami masih lagi rasa Mak ada dengan kami. Bila berkumpul , mesti ada sebut nama Mak. Setiap apa yang kami buat , kami cakap mesti ada selitkan nama Mak. Terkenangkan Mak buat itu , Mak buat ini , suara Mak. Ya Allah. Hanya Tuhan yang tahu betapa kami kasihkan Mak. Kami bersyukur Allah pinjamkan Mak pada kami. Mak penyeri. Dan syukur Allah beri peluang pada Adik untuk bawak Mak jalan-jalan dekat Jepun. Kami doakan Mak tenang di sana. Al-Fatihah untuk Mak yang kami sayang.

Sunday 2 April 2017

Bukak buku baru.
Lupakan segala yang buruk , yang pahit.
Fikir yang baik baik.
Semuanya pengajaran. Ada hikmah.

Yakin. 

22032017

Alhamdulillah.
Macam mimpi lagi.
Empat tahun. Macam macam rasa.
Allah izinkan aku selesaikan.
Syukur.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa ada waktu susah senang , suka duka , bagi semangat bagi nasihat. Keluarga , kawan kawan , senpai , kohai , semua.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.


Wednesday 8 March 2017

Kita pilih
nak terus jalan ke depan 
dan bahagia 
atau hidup dalam cerita lama
dan kecewa 

Semua atas pilihan kita

Sentiasa percaya yang Tuhan letak kita dalam sesuatu perkara itu bukan sia-sia

:)


Friday 24 February 2017



"Don't be afraid to fail." - Takahashi Sensei

Lepas habis presentation , tak dapat nak jumpa sensei. Balik , terus email.
Hari ni sensei reply. Dan aku hanya mampu senyum.
Sensei yang sangat baik dan tak berhenti support.

Aku ingat lagi dua minggu sebelum presentation , aku mengadu dekat sensei yang aku risau sangat. Sensei cakap sempat. Ada masa. Siap cerita lagi pengalaman master dia , pagi sebelum sensei present sensei sempat lagi betulkan , buat kira-kira. Cerita nak naikkan semangat. Dia sangat positive dengan seorang student dia ni.

Malam sebelum presentation. Lepas 'renshuu happyou' , dia cakap kalau esok present macam ni boleh lulus. Awak boleh. 自信持って! 

Syukur. Ramai orang baik dekat sekeliling.
Ramai nak tolong. Cuma kita yang perlu hargai.

:)

Saturday 18 February 2017


Syukur Allah temukan dengan orang sekeliling yang sangat penyabar dan tak putus asa dengan diri ni. Kadang kadang kita tak sedar ramai orang dekat sekeliling kita nak membantu. Kita yang tak beri peluang dan kita kata tiada orang faham.

Tak adil kan?

Berbaik sangka dengan orang itu akhlak.




*senyum 

Thursday 19 January 2017


Terima kasih kepada orang sekeliling yang banyak bersabar
Jauh dan dekat
Tak putus putus bagi semangat

Sindrom pelajar tahun akhir mungkin
Emosi turun naik
Semangat datang pergi

Makin hampir makin rasa tak cukup
Dalam masa tujuh hari ni harapnya ada hasil

Moga Allah terus kuatkan
Dan hati , harap kau terus cekal.

Wednesday 11 January 2017


Menangis tak akan mampu selesaikan apa apa
 Dan berputus asa bukan jalannya
....

*kau tahu tu*

Thursday 5 January 2017


2016.

Tahun yang sangat sangat mendewasakan.
Awal tahun sehingga penghujung penuh dengan cerita.
Suka duka.
Nangis ketawa.
Tuhan sahaja yang tahu kisahnya.

Bila kenangkan balik apa yang dah lalui sepanjang tahun
rasanya ayat yang paling dekat




Dan 2017.

Semoga lebih mematangkan.
Apa jua kisah baru untuk tahun ini
Moga Allah sentiasa pandu.