Friday 29 March 2013

Tulis dan Senyum :)

Alhamdulillah
Seminggu sudah berada di bumi sakura :)
Mungkin beberapa hari lagi akan mula class

Ini salah satu video yg meng inspirasi
dan juga video yang buat aku tersenyum 


 



Dan ini gambar Cinta Hati :)
mereka yang punya tempat khas dalam hati 


p/s : cuba meneutralkan emosi , hanya DIA tahu 

Thursday 28 March 2013

Love To Do :)


Lihat sekeliling
Ucaplah Alhamdulillah
Ciptaan Allah itu indah indah
Menenangkan
Dan mengingatkan kita akan kebesaranNya'
Subhanallah :')

p/s : feveret langit , awan , bintang dan bulan :)

Tuesday 26 March 2013

Hari Hari Awal Di Bumi Sakura

Alhamdulillah , syukur..itu pertama yang aku rasa bila kapal terbang mendarat dekat Narita Airport , Japan..Kalau dulu sebut sahaja jepun , tapi sekarang dah berada di Jepun..syukur


Pengalaman yang banyak :)

Solat dalam kenderaan , contoh kapal terbang dan train..Subuh di dalam flight tu mmg merisaukan..takut tak bangun..tapi Alhamdulillah terjaga masa kawan kawan tanya dekat pramugari pasal waktu solat..Kemudian sampai je dekat Narita , makan semua dan kemudian kena naik shinkansen (bullet train)..pejalanan ke Akita tu jauh..sampai pun pukul 7.04 minit..so kiteowang solat zuhur,asar dan maghrib dalam train..satu lagi pengalaman baru untuk aku :)


tadi pergi jalan jalan ala ala piknik dengan senpai..dan satu pengalaman paling best bila dapat solat depan laut..syukur Ya Allah :) ini pengalaman yang nak sangat aku rasa..dan aku dah dapat..aku tau 4 tahun ni pasti lagi banyak pengalaman baru..


salji antara benda yang paling di nanti dan aku dapat rasa awal awal datang kat sini..Alhamdulillah..lebat jugak..macam hujan turun tapi itu salji..keadaan sejuk dekat sini satu ujian..sekarang kurang sihat..tapi Alhamdulillah urusan dapat diselesaikan..


p/s : kering mana pun hati tu lama lama basah jugak kan 




Thursday 21 March 2013

Wednesday 20 March 2013

Kata Dari Hati

Satu hari lagi 
Perasaan tu masih belum boleh didescribe lagi 
Mungkin sebab macam macam kot yg dirasa


Pertama sekali , Syukur Alhamdulillah kerana Allah beri peluang ini kepada insan yang bernama Nur Hanisah Binti Abd Hamid..Jujurnya tidak pernah terfikir yang akan melanjutkan pelajaran di negara orang terutamanya di Bumi Sakura , di Jepun..Alhamdulillah rezeki..Terima kasih kepada mama babah yang membesarkan adik dan memberi adik semangat hingga sekarang..Terima kasih kepada kakak abang yang banyak tolong hantar pergi balik 2 tahun ni..terima kasih kepada ahli keluarga yang lain..saudara mara yang mendoakan..terima kasih kepada kawan kawan..yang sudi dengar cerita, masalah..suka duka sama sama..terima kasih kepada semua..Bersyukur sangat sebab Allah temukan dengan insan insan seperti mereka..mereka itu bermaksud semua..mama babah , family , saudara mara dan kawan kawan..mereka memang yang paling awsome :)

"Air mata yang mengalir ni tanda gembira , syukur dan sedih kerana bakal meninggalkan mereka di Malaysia..Aku pasti perancangan Allah itu yang terbaik dan yang paling baik..banyak hikmah yang tersirat di sebalik pemergian aku ke jepun nanti...InsyaAllah akan aku cedok ilmu di sana dan aku bawak pulang ke sini..moga di sana aku akan menjadi aku yang baru , yang lebih baik dan bertanggungjawab..ke sana aku bukan sekadar menuntut ilmu menjadi engineer yang berjaya , sebenarnya ilmu yang boleh dapat lebih dari itu.."


Mohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini..Sepanjang 19 tahun plus plus ni for sure ada terbuat org sekeliling kecik hati , mohon maaf..kepada guru guru Sek Kebangsaan Paroi , Sek Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba , Sek Menengah Teknik Tuanku Ja'afar , Sensei sensei di Ambang Asuhan Jepun UM , terima kasih banyak banyak atas segala ilmu dan didikan yang diberi..

Esok harinya
Hari yang dinanti :)



 

Tuesday 12 March 2013

Remember !


Walaupun kita berbeza rupa , warna kulit , jantina , tempat di lahirkan , tempat belajar 
Tapi kita tetap punya persamaan
Kita mengejar satu impian iaitu syurga Allah
Kita punya Pencipta yang sama , iaitu Allah
Kita hidup di dunia punya tugas yang sama , sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah
Walaupun jarak kita beribu batu , kawan
Kita masih berbumbungkan langit yang sama iaitu langit Allah
Ke mana pun kita pergi
Ke mana pun kita merantau
Ingatlah kita punya Allah
Yang sentiasa memerhatikan dan mendengar apa sahaja yang kita rintihkan :')


p/s : counting days ~



Tuesday 5 March 2013

Proses Hidup


" Semakin dewasa semakin banyak perkara yang perlu di fikir dan di selesaikan
Waktu kecil dulu kebanyakan perkara di tentukan oleh ibu bapa
Tapi semakin membesar semakin banyak perkara yang perlu di fikirkan sendiri
Dari urusan study sampai lah ke urusan memilih pasangan hidup
Semua nya sendiri
Ibu bapa keluarga sebagai tempat rujukan dan berbincang
Tapi yang membuat keputusannya tetap diri sendiri "

Aku 
Bakal menjalani satu fasa kehidupan yang baru di jepun nnt
Tanpa ada keluarga , mama babah dekat sekeliling aku
Dulu antara perkara yang tak perlu aku kesah dan risaukan
Duit bayar bil , duit beli barang makanan , duit nak belanja
Tapi nanti aku perlu uruskan hidup sendiri
Babah pesan buat perancangan untuk perbelanjaan duit baik baik
Asingkan mana yang penting dan perlu di bayar
Siapa kata aku tak risau
Angka 20 tu belum boleh menunjukkan kematangan berfikir seseorang
Setiap orang lain lain
Moga aku dapat jaga diri 
InsyaAllah

p/s : perasaan sekarang tak boleh di describe