Friday, 24 May 2013

Hadiah


Dalam masa menyesuaikan diri di tempat orang
persekitaran baru , teman sekeliling baru
pasti ada sedikit rasa susah

Dalam masa cuba menguatkan diri
mengawal rasa rindu dekat keluarga di Malaysia
Allah beri sesuatu hadiah yang istimewa

Allah tunjukkan aku ciptaan ciptaan Nya yang indah indah
yang mana tiap kali aku lihat
aku rasa hebatnya Mu Ya Allah
menjadi pengubat rindu 
membuat hati tenang bila melihatnya
aku bersyukur aku antara orang orang itu


p/s : sekarang di Akita suhu sudah stabil , soro soro natsu ka..

Sunday, 12 May 2013

Pandanglah Dari Hati



" Ranting ranting itu tidak akan selamanya ranting
Dengan izin Allah akan punya daun dan berbunga juga
Begitu lah juga manusia
Yang jahat , yang buruk itu tidak selamanya begitu
Dengan izin Allah apa sahaja boleh berlaku
Jadi jangan cepat menghukum seseorang
Boleh jadi suatu hari nanti mereka lebih baik dari yang kita sangka "



Bila melihat sesuatu / seseorang jangan tengok dengan hanya menggunakan dari pandangan mata sahaja tapi lihatlah dari pandangan mata hati..Bukan mudah untuk menjadikan pandangan pertama atau first impression kita sesuatu yang positif tetapi tak mustahil..selagi mana kita kata perkara itu susah ia akan jadi susah..Bersangka baik lah dengan Allah..Bersangka baiklah juga dengan manusia..Tidak rugi malah boleh mengelakkan salah faham..Jika orang yang kita lihat sekarang , ada perkara yang kurang baik pada dirinya tegurlah dengan cara berhikmah..doakanlah untuk dia perkara perkara yang baik..Allah temukan kita dengan orang orang yang pelbagai ragam pelbagai kerenah pasti ada hikmah..Bagus untuk kita selalu bermuhasabah diri :)

p/s : apa sahaja yang ditulis , ditaip , dikongsi , dipost , ditweet pastinya peringatan untuk diri sendiri juga ! Impian jangan tinggal impian , impian untuk capai redha Allah , jom capai sama sama ! 一緒に頑張ろう ~


Monday, 6 May 2013

Isyarat




Lapangkan dada 
Tenangkan fikiran
Ambil sahaja semua ilmu 
Tapi
Perlu disemak semula menggunakan kayu ukur Akidah

Banyak ilmu yang aku dapat di sana
Kesungguhan mereka membuat kerja kerja untuk membantu agama Allah
Aku rasa kagum
Moga satu hari nanti aku punya kekuatan sekuat mereka untuk menjadi salah seorang yg membantu dalam usaha kebangkitan Islam 

Keputusan PRU kali ni mengecewakan ramai orang
Tapi aku pasti keputusan kali ni ada banyak hikmah
Allah nak tengok usaha kita lagi untuk menegakkan agama Nya
Mungkin belum cukup padu
Mungkin belum cukup kuat
Jangan beralah 
Jangan putus asa 
Janji Allah itu pasti
Islam akan menang
Kita yakin itu :)

Allahuakhbar