Wednesday, 4 September 2013

Sudah Sudah Lah


kiraan hari
bakal memulakan kehidupan di sana semula
ya
bangun ! 
bukak mata !
sudah sudah tidur kau tu
sudah sudah mata bengkak kau tu
sudah sudah lah

kumpul semangat 
kumpul nasihat
kali ni bukan lagi percubaan
bukan lagi mainan
ini yang betul betul !

sudah sudah la 
hidup dalam mimpi tak kemana
hidup dunia realiti juga berguna 

Monday, 2 September 2013

Random



lama menyepi bukan kehendak hati sendiri
rasa ingin menulis itu ada
idea ceritanya juga tersimpan rapi di kepala
hanya kerana satu perihal buat hilang mood tak semena mena

jalan hidup takkan begitu indah 
tanpa ada secalit pahit
pastinya kejatuhan itu bukan semua orang pinta
dan bukan semua orang suka
namun , kau perlu tahu
kau perlu sedar
pahit itu , ada alasan sendiri
ada sebab datangnya ia
bukan untuk saja saja

Tuhan sedang menguji
sejauh mana 
katanya kau sayang Dia