Tuesday, 29 November 2016

Yakin


Allah sedang mendidik kau apa erti sabar yang sebenar
Allah sedang mengajar kau untuk lihat setiap perkara yang jadi dalam hidup itu dengan pandangan yang baik.
Terus lah bersangka baik.
Dan jangan putus untuk berharap.
Sesungguhnya Tuhan mu itu Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu perkara.
Tiada yang mustahil.

Wednesday, 23 November 2016


Cuti yang lepas , balik rumah nampak nama jalan ni. Terdetik dekat hati , macam nama arwah atok. Tanya mama dan mama cakap memang orang letak nama jalan tu sempena nama arwah.

Hari ni rasa rindu sangat dekat atok. Terbayang bayang lagi muka atok waktu terakhir aku jumpa sebelum balik jepun. Atok pesan belajar rajin-rajin. 

Arwah atok baik sangat dengan cucu-cucu dia. Penyayang. Selalu layankan kami makan maggi malam malam , kalau waktu cuti sekolah kami tinggal rumah nenek. 

Moga arwah atok tenang di sana. Al-fatihah.


*teringat pesan atok , semangat tu datang semula*

Tuesday, 22 November 2016


Terima kasih pada yang selalu 'bebel' kan diri ni supaya terus positif.
Moga tak serik.


Allah berfirman:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ ,الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang  khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" 

(Al-Baqarah 2:45-46)



Friday, 11 November 2016



"Kita tentukan apa yang kita fikir.
Negatif atau positif.
Kita yang pilih."

Tolonglah carik balik semangat kau.
Kalau rasa susah , fikir yang depan tu sikit lagi.
Dah jauh ni , jauh kau langkah.
Jangan berhenti. 

Wednesday, 9 November 2016

hati itu sifatnya berbolak balik
kadang kadang ragu
kadang kadang yakin
ada masa kuat
ada ketika lemah

Saturday, 5 November 2016

" Good friends are hard to find , harder to leave
and impossible to forget."