Friday, 23 December 2016

Hujung Tahun

Mengenangkan dah nak mula tahun baru
Dah nak masuk bulan satu
Rasa tak cukup kaki tangan 
Nak buat itu ini
Tengah tengah buat kerja kepala fikir benda lain yang tak 'settle'
Lepas tu serabut
Hmm macam tu lah aku

Kadang kadang kita lupa untuk berdoa dalam urusan kecil
Urusan yang besar sahaja kita berdoa dengan sungguh-sungguh
Sedangkan setiap satu urusan dalam hidup itu tidak kira kecil besar perlukan pada bimbingan Allah

Sesungguhnya masa itu juga milik Tuhan
Doa. Usaha.
Jangan lupa pergantungan pada-Nya.
Moga Allah kurniakan keberkatan waktu kepada kita.


*tak tahu lah sempat ke tak. siapkan yang termampu je*

Wednesday, 14 December 2016


Apa yang jadi masa lepas itu bukan untuk dibahaskan 
Bukan untuk diungkitkan
Aku percaya tiada yang sia-sia dalam setiap takdir Tuhan
Apa yang pernah terjadi
Apa yang pernah lalui
Itu untuk mematangkan
Untuk muhasabahkan
Kita pilih
Nak terus hidup dalam bayang-bayang lepas
Atau dengan langkah baru kita mulakan

Itu pilihan.