Thursday 9 February 2012

Malu Nak Dakwah ?

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..syukur..entri kali ni Nisa nak kongsi tajuk pasal Dakwah..okay jangan tutup dulu..kita borak borak okay :)



Bila kita cakap pasal dakwah mesti ada fikir "Beratnyeeee.." " macam mana nak dakwah?saya ni bukannya baik sangat..." " alaaaa..relax la..muda lagi kan?tak cool la nk dakwah dakwah ni.."


Sesetengah orang mungkin ada fikir macam ni kan?Nisa dulu pun macam tu..macam orang kata jiwa remaja kan..still rasa nak enjoy..tak puas lagi nak berfesyen..tapi after Nisa join usrah,baca artikel pasal agama,follow blog islamiah semua benda tu berubah..pandangan Nisa pasal Islam pun berubah..


Mungkin ramai yang fikir dakwah ni hanya dekat masjid dan surau je kan??harrrrrr..SALAH TU ! Dakwah itu berkongsi..Sharing is caring , caring is loving..hehe..Dakwah sebenarnya sesimple tajuk sehingga seberat berat topik mengenai agama yang dibincangkan..Untuk remaja dan orang baru nak belajar ni Nisa lebih menggalakkan kita berdakwah secara simple..



Apa Itu Dakwah Simple ?
sekarang zaman muka buku..zaman twitter kan?so apa kata kita kerapkan mengupdate status pasal info agama or maklumat apa sahaja yang bila orang terbaca dapat mendekatkan diri kita dan diri dia dengan Allah..tak perlu artikel yang panjang panjang..cukup sepotong ayat tafsir Al-Quran yang memberi makna dekat kita then kita post dekat facebook or twitter..Dakwah ni ingat mengingatkan jadi tu lah salah satu caranya :)



Takut digelar bajet ustazah nak dakwah dakwah dekat facebook?biarkan...pandangan manusia tu kita tak boleh sangkal kan?mereka ada mulut untuk bercakap..mereka ada akal untuk berfikir mana baik dan buruk..Jalan Dakwah memang susah..tapi selalu cakap kat hati kita yang janji Allah tu pasti..dikutuk oleh manusia tak peeee..mencari keredhaan Allah yang penting kan? :))


sekian ,

No comments:

Post a Comment