Sunday, 4 October 2015

Hampir Tiga Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hampir tiga tahun. Kalau orang tanya apa perkara yang best aku dapat sepanjang tiga tahun ni , selain jawapan biasa macam tengok negara orang dan lain lain , satu perkara yang aku rasa sangat bersyukur , aku diberi peluang belajar uruskan hidup aku sendiri. 

Jauh dari keluarga , tinggal sorang sorang , nak tak nak kau mesti kena pandai uruskan kehidupan kau. Pengurusan duit. Bila mana , kau harus rancang untuk asingkan duit sewa rumah , duit bil , duit barang rumah , simpanan , kalau ada plan nak balik malaysia duit tiket lagi. Tu semua kena pandai uruskan sendiri. Silap silap kalau terlebih guna , hujung bulan duduk rumah makan pon kena kawal makan apa yang ada. 

Bila dah uruskan semua sendiri , buat aku terfikir macam mana mak ayah kita bekerja , uruskan perbelanjaan rumah , sekolah kita waktu kecik kecik dulu. Allahu. Besarnya tanggungjawab , besarnya jasa. 

Hargailah mak ayah kita :) 



p/s : Tips beli barang rumah , list kan barang yang takde sebelum pergi kedai supaya fokus tak lari :P Kalau takde list ni , biasanya apa yang nampak dekat mata tu main beli je. Bahaya ! 

Friday, 11 September 2015

Tuesday, 19 May 2015

Pengembara



"Jadilah engkau di dunia seakan-akan sebagai orang asing atau seorang musafir." - HR Bukhari


Nabi Adam asalnya dari syurga , dan kita semua nak kembali ke syurga. 
Orang yang faham asal usul dia , kemana dia nak pergi tidak akan meletakkan
dunia sebagai matlamat terakhir tetapi akhirat jua lah yang kekal abadi.

Thursday, 29 January 2015

Sebelum Terlewat

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Ramai orang boleh buat ibadat tapi lupa faktor faktor yang boleh rosakkan amal ibadat."

Terkedu. Hm betul lah tu. Realitinya , untuk buat perkara baik , untuk beribadat mungkin ramai boleh buat tapi yang cakna sebab sebab boleh rosaknya amal ibadat itu sedikit. 

"Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan daripada-Nya? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - 5:74


Syarat syarat taubat 
1) Menyesal. Dengan sebenar benar menyesal.
2) Bersungguh-sungguh meninggalkan perkara maksiat tersebut 
3) Bercita-cita untuk tidak mahu melakukan perkara maksiat tersebut

Cara-cara mohon keampunan dari Allah
- 3 syarat taubat 
- Sentiasa beristighfar
- Banyakkan amal kebajikan
- Mensyukuri nikmat Allah
- Perbanyakkan doa mohon kesejahteraan dunia akhirat


Taubat itu ubat.
Astaghfirullah

p/s : taubat bukan hanya untuk dosa dosa besar kawan

Tuesday, 27 January 2015

27 Januari

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Saat aku ingin sekali menenangkan hati yang gelisah perihal urusan dunia , Allah hadiahkan ayat ini

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan dalam hati orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).." - 48:6

Diam. Sebak. Kan Allah dah kata Al-Quran itu sebaik baik penawar. Apa lagi yang kau cari?

"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman..." - 17:82

Berdampinglah dengan Al-Quran. Bukan hanya dikala susah kita mencarinya. 



Saturday, 24 January 2015

Nota Pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Untuk entri pertama tahun 2015. Alhamdulillah untuk dua nikmat yang terbesar iaitu iman dan Islam yang Dia kurniakan. 

Berubahnya tahun , meningkatnya usia , banyak perkara yang perlu muhasabah dan difikir semula. Masih lagi menuntut ilmu pengawalan emosi , pengurusan cara hidup dan lain lain. Pelajaran yang tak menuntut di Universiti kata orang. Cara belajarnya harus dari kehidupan. Memerhati , mendengar dan memahami. Bila tertinggal salah satu , yang sepatutnya dihadam tapi lain yang kita faham.

Matangkan cara berfikir. Nak seronok sampai bila? Soalan yang berlegar legar dalam kepala. Mati itu tidak tunggu bila kita sudah bersedia kawan. 


"Don't just grow up , grow better." 
- br. boona muhammad


p/s : musim peperiksaan dah tiba. bukan semata ujian pelajaran tapi yang lain juga. selamat bersedia wahai hati