Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
"Ramai orang boleh buat ibadat tapi lupa faktor faktor yang boleh rosakkan amal ibadat."
Terkedu. Hm betul lah tu. Realitinya , untuk buat perkara baik , untuk beribadat mungkin ramai boleh buat tapi yang cakna sebab sebab boleh rosaknya amal ibadat itu sedikit.
"Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan daripada-Nya? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - 5:74
1) Menyesal. Dengan sebenar benar menyesal.
2) Bersungguh-sungguh meninggalkan perkara maksiat tersebut
3) Bercita-cita untuk tidak mahu melakukan perkara maksiat tersebut
Cara-cara mohon keampunan dari Allah
- 3 syarat taubat
- Sentiasa beristighfar
- Banyakkan amal kebajikan
- Mensyukuri nikmat Allah
- Perbanyakkan doa mohon kesejahteraan dunia akhirat
Taubat itu ubat.
Astaghfirullah
p/s : taubat bukan hanya untuk dosa dosa besar kawan
No comments:
Post a Comment