Monday, 7 March 2016

Bila Sedar

Kesedaran yang timbul dalam diri itu adalah suatu perkara yang positif. 
Tapi jika kesedaran itu tinggal sekadar kesedaran tanpa ada apa-apa tindakan , percayalah ia hanya kesedaran yang sia-sia. 

Apa-apa pon tindakan atau perbuatan itu sangat penting. Sama sahaja macam ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Sama juga jika kita faham kan pengertian Iman itu sendiri. Percaya dalam hati , lafaz dengan lidah dan beramal dengan anggota. Iman itu tidak sekadar percaya tapi perlu dibuktikan dengan amal. 

Maka nya, apa jua kesedaran yang ada dalam diri kita , tak kira lah kesedaran untuk berhijrah menjadi lebih baik, kesedaran kepentingan menambah ilmu , kesedaran keperluan negara kepada sistem ekonomi yang lebih baik dari sekarang atau kesedaran menginginkan sistem pentadbiran negara yang lebih baik , semua itu memerlukan kita pada tindakan. 

Jadi bertindaklah. Jangan biarkan kesedaran yang muncul di benak kepala itu hanya tinggal begitu sahaja atau erti kata lain nya sia-sia. 

Haneda , Tokyo

No comments:

Post a Comment