Setiap persoalan , jawapan , ketenangan yang kau cari
kau akan jumpa bila kau cari Allah.
Sentiasa dan sentiasa lah perbaiki hubungan dengan Tuhanmu.
Saturday, 23 July 2016
Kadang-kadang kau perlu kan seorang yang boleh ingatkan kau , dah betapa jauh kau pergi , dah berapa banyak benda yang kau lalu. Supaya kau tak senang-senang menyerah , putus asa macam tu.
Terima kasih sahabat. Moga kau tak penat untuk terus ingatkan aku.
Friday, 22 July 2016
"Jangan hanya buru nikmat , tapi buru lah rahmat.."
- dr zaharuddin
Kerana nikmat yang kita rasa bahagia dengannya kadang kala adalah ujian untuk kita
Hampir separuh sem. Tinggal lagi separuh.
Cepat betul masa berlalu.
p/s : macam ni ke perasaan student final year. hm doakan cik hanisah dan kawan-kawan ye
Aku ada angan-angan nak bukak business sendiri. Tapi bukan lah tak nak kerja langsung as engineer , apa yang aku dah belajar selama ni. Cuma , bagi aku bukan selamanya kot. So , aku ada plan aku sendiri. Yang nak ada business sendiri. Coffee Shop. Bakery. Florist. Coffee shop Kenapa? Jawapannya senang. Sebab aku suka minum kopi. Since study dekat Jepun , aku suka lepak cafe sorang-sorang , baca buku. Boleh sampai dua tiga jam. Sejenis yang tak kesah la nak lepak sorang. Cafe pon best , memang raikan orang yang nak buat kerja , study dekat situ lama-lama. So , aku nak bukak Coffee Shop macam tu.
Bakery Yang ni sebab hobi aku. Benda yang aku suka buat waktu stress , baking ! Selain jadi hobi , mungkin boleh jadikan as kerja kita. Kan. Cuma yang ni aku ada terfikir nak gabung sekali dengan coffee shop tu. So , dua benda yang aku suka dalam satu tempat. Nice kan ! Florist Yang ni kakak aku yang minat. Haha. Macam mana aku boleh terfikir pulak nak bukak kedai bunga? Aku suka je bunga. Suka tengok bunga. Hati berbunga-bunga tak errr. Cuma ada sekali hari tu , ada terjumpa idea untuk kedai bunga ni dekat Pinterest. Lepas tu terus search pasal florist ni semua. Dan terus terfikir menarik jugak.
InsyaAllah. Kita rancang. Nak ada itu ini tapi Allah jugak yang tentukan kan. Buat masa ni , impian tu ada lah. Doa-doakan termakbul lah ye. Amin.
p/s : Lari sat dari study pasal 'kenkyuu'. Buat benda yang kita suka. Tulis apa yang kita minat. Boleh datangkan mood. Serius !
Friday, 8 July 2016
Berakhir sudah ramadhan. Moga Allah menerima amalku dan amalmu. Selesai satu bulan kita "latih diri" Sekarang masanya untuk kita jalankan tugas pula Tugas apa? Meneruskan kebaikan yang kita buat dalam bulan ramadhan , dalam bulan-bulan yang lain Besar cabarannya , besar ujiannya Moga Allah kuatkan kita semua InsyaAllah Amin p/s : mohon maaf salah silap. selamat hari raya tuan punya blog ucapkan :)