Tuesday 9 August 2016

Faham. 
Ikhlas. 
Amal. 
Jihad. 
Pengorbanan.
Taat.
Tsabat.
Tajarrud.
Ukhuwah.
Tsiqah.


Cantik susunannya kan. Kenapa tak amal dulu baru ikhlas? Kenapa tak jihad dulu baru faham?

Bila buat sesuatu tanpa kefahaman tapi hanya dengan semangat yang membuak mungkin kita akan kepenatan di pertengahan dan berhenti dari untuk teruskan.

Bila buat sesuatu bukan kerana iman , niat kerana Tuhan , hasil yang kita harapkan perlu ikut apa yang kita fikirkan. Bila tidak menjadi seperti yang diharapkan , kecewa untuk diteruskan.

Dan sebab itulah pentingnya faham dan ikhlas. Bila penat di pertengahan , semak semula apa tujuan.


Jalan itu masih panjang. Moga Tuhan beri kami kekuatan.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." 

(At-Taubah : 111)

"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu."  

(At-Taubah : 112)

No comments:

Post a Comment