*dalam kenangan*
Mak.
Mak saudara
yang aku panggil Mak. Semua orang panggil Mak. Mak pergi
tanpa pesan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Tapi syukur
, aku berada di Malaysia waktu tu. Dan syukur
Allah kuatkan hati aku untuk pergi hospital teman Kaksu (anak sulung Mak) hari
khamis (6 April 2017) tu. Kebetulan aku ada janji dengan Syida nak keluar. Tapi
aku batalkan dan mintak tolong Syida hantar ke hospital.
Petang tu ,
aku , kakak , kaksu dan along ada bersama Mak. Aku dapat suapkan Mak. Aku dan
kakak dapat bawak Mak ke bilik air dan lapkan Mak. Kami dapat buat benda yang
Mak buat waktu kami kecil.
Balik dari
toilet , aku tinggalkan Mak di katil dan aku pergi pulangkan wheelchair.
Kembali semula aku nampak Kaksu dah nangis. Aku tanya kakak. Aku nampak semua
doctor dan nurse dan berkerumun dekat katil Mak. Waktu tu aku tahu Mak dalam
keadaan kritikal.
Mak.
Dah dua
minggu. Tapi kami masih lagi rasa Mak ada dengan kami. Bila berkumpul , mesti
ada sebut nama Mak. Setiap apa yang kami buat , kami cakap mesti ada selitkan
nama Mak. Terkenangkan Mak buat itu , Mak buat ini , suara Mak. Ya Allah. Hanya
Tuhan yang tahu betapa kami kasihkan Mak. Kami bersyukur Allah pinjamkan Mak
pada kami. Mak penyeri. Dan syukur Allah beri peluang pada Adik untuk bawak Mak
jalan-jalan dekat Jepun. Kami doakan Mak tenang di sana. Al-Fatihah untuk Mak
yang kami sayang.